Friday 26 July 2013

Cara Solat Sunat Dhuha yang ringkas



Solat Dhuha merupakan amalan sunat yang di galakkan kita amalkan nya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW.  
Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6, hingga 12 rakaat. 



Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sinat Dhuha : 
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor. 
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati :
✿ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua  
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿  Tahiyyat akhir & Beri Salam.. 
3. Doa  
✿ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿  Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿  Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :

Maksudnya:
 Ya Allah, 
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, 
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, 
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu 
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya ALLAH, 
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan
jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.. 
~Amennn Ya Rabbal Alamin..~

Tuesday 23 July 2013

Cookies Orange Oat


Cookies Orange Oat

Wah mentang-mentang raya dah dekat kan...rajin pulak godek resepi biskut for my little one...Resepi ni pun lebih kurang aje sebenarnya cuma lain perisa dan bentuk...ni bentuk bebas...x perlu susah2 guba shape hahahaha...kononnya nak standby raya tapi pengasuh kata dah tinggal separuh dia haziq makan buat sarapan...aduh...nanti weekend ibu kene buat lain lagi la ni...

Resepi termudah

Parutan sebiji kulit oren
1 Cawan Rolled oat
3/4 cawan Tepung atta
2 sudu besar tepung jagung
Unsalted butter
1 Sudu madu
2 Sudu telur

Cara-cara :-
1) Pukul unsalted butter bersama telur dan madu
2) masukkan parutan kulit oren kemudian rollet oat
3) masukkan tepung kemudian uli sampai jadi doh
4) dah rata buat lah bentuk suka hati...
5) bakar dalam 15 minit

p/s: if berderai you all boleh tambahkan sedikit minyak jagung

So jadilah cookies ni...baunya amat lah harum...yelah bau oren kan...

Wednesday 26 June 2013

Limau sunkist penggalak susu


If You all ada baca posting ira sebelum ni yang haziq kurang df...yes true susu ira makin drop sekarang...biasa kat ofis pukul 10 dapat 3 oz pukul 1 dapat 3.5 oz kan...sekarang 3 oz pun dah nampak bayang sudah...wuhaaaaa sedih woooo....dah makan habatussauda+madu..halba+madu pun x berhasil jugak...sekarang dekat ofis nak dapat 7 pun susah..semalam hanya dapat 6.7 oz beb....

Memang parah...kene lakukan sesuatu ni,x boleh dibiarkan terus begini..perjalananku masih jauh.....
so dari sunber yang ira dapat buah oren boleh jadi penggalak susu...so hari ini ira cuba buat macam gambar kat bawah ni....boleh letak madu..tapi ni kat ofis ira x letak madu lah...kosong macam tu aje...


Ape rasanya???tawar memang tawar hehehe nanti air dah habis bolehlah makan buah dia pulak kan.....

nanti ira share kan result nya...sebab benda ni x boleh buat sekali dua aje kene buat selalu dan konsisten lah kan...baru nampak hasil...

Moga-moga dapat lah up kan balik susu untuk hero kesayangan ira sorang tu.....


Monday 24 June 2013

Kurang Direct Feeding




Hasil marmet subuh tengok hasil macam mengujakan tapi ni hasil belah kiri last haziq menyusu 8.00 malam...memang patut pun bila bangun pagi breast bengkak...

hasil marmet dekat office macam biasa dapat 8 oz..Risau jugak dia kurang df ni nanti efect production pulak...df lah pencetus supply susu terbaik..

nak kene kerapkan df balik ni..biasa start ira balik kerja sampai pukul 10 malam dia tidur ada dalam 4 kali haziq akan menyusu...ni sekarang 2-3 kali je..x tahu lah kenapa sekarang haziq dah x minta nk df macam dulu2...dulu asik minta aje kerjanya...sikit2 selak baju...sekarang x dah...kene ambil dia masuk bilik susukan dia...kadang2 dia xnak pun.....erm risau betul...






Friday 21 June 2013

Stok  EBM Menyusut

Mesti ramai ibu2 yang risaukan stok EBM dia menyusut???PASTI sekali..tapi ira pun masih lega lagi sebab Haziq masih fully bf sekarang ini.. walaupun macam2 dugaan yang ira kene tempuhi kebelakangan ini...dengan keadaan nipple yang on off sembuh luka sembuh then luka balik...

Tapi Alhamdulillah dengan adanya stok frozen Ebm yang x berapa meriah ni dapat jugak menolong ira buat masa sekarang ini..dengan berbekal kan dalam 150 oz lebih kurang untuk back up masa ira stop jan haziq direct feed selama seminggu dan 3 hari pertama susu ira pam then buang hari ke -4 baru berani bahi haziq minum tapi kene top up jugak stok frozen ni sebab supply ira memang x cukup

Ira hanya dapat around 15-17 oz sahaja sehari tapi demand haziq memerlukan 29 oz sehari..Jauhkan beza nya??? so frozen ni lah penyelamat ira..Bersyukur sangat...

Sebelum

Selepas

Nampak x susutan yang terhasil..hehehe at least ada lagi stok frozen yang tinggal sebab cuma 3 hari susu dibuang if 1 week susu yang ira perah dibuang alamatnya memang KOSONG lah freezer ira ni...

Apa pun ira tetap berusaha lagi untuk maintain kan supply ira..sekarang dalam proses pemulihan...dan rawatan nipple dijalankan seperti biasa jugak...


Wednesday 19 June 2013

Ibu yang Cuai 

Ni lah akibatnya jika ibunya cuai sangat..Ni kejadian ahad lepas..Memandangkan hubby nak makan asam pedas ikan pari yang di pancing tempoh hari dan kebetulan cili kering dah habis so ira kene keluar juga pergi beli cili kering..

Kalau x keluar x dapat lah den nak masak asam pedas kecian pulak kat my hubby.Sebelum keluar rumah ira mesej hubby dulu mintak izin dia nak keluar..dengan pantas nya dia replay dia cakap 'ok sayang' hahaha...Dengan hati yang lega ira keluar drive bawa haziq..xkan nak tinggal my hero ni kan...

Dah membeli semua so nak balik lah kan...bayangkan lah. dengan tangan kanan penuh dengan barang tangan kiri dukung haziq,kunci kereta pulak dalam poket belah kiri..adui susahnya terpaksa turunkan haziq kejap..ira turunkan dia buka pintu masukkan barang pandang je belakang,tengok haziq dah melutut...



Ya Allah anak aku...terus ira dukung dia peh tengok lutut dia berdarah...haziq merengek je lah..tapi x menangis...be strong sayang sampai rumah ibu letakkan ubat...apa lagi...pecut berdezup drive...sampai rumah terus ambil air suam bersih kan luka kat lutut dia...menagis jugaklah pedih kan...kat lutut pulak tu...



Ni lepas ira bersihkan lepastu ira letak minyak VCO lavender...erm kesian haziq...kalau lah ira x letak dia kat bawah mesti xkan terjadi kan..ni lah pertama kali lutut dia luka...rasa bersalah sangat...

Cepat sembuh ye sayang..I'm sorry..........


Tuesday 18 June 2013

Perkembangan Haziq 16 bulan

Haziq dah setahun 4 bulan..kejap je rasa anak ibu ni membesar..now banyak nak bercakap..mengolel sorang2 pun jadi..apa yang dicakap pun entah lah...ira mampu ketawa je lah apa yang dia cakap sambil tu duk balas2 jugak apa yang dia cakap..buat2 macam paham je lah kan...hehehe

Hari sabtu masa ira nak pakaikan pampes haziq aduhai memang payah nak pakai kan dia baju ,seluar apa lagi pampes...memang seksa..dia punya x nak tu memang menangis semahu- mahunya..so ira terperasan area gusi belakang sebelah gigi taring yang on the way nak tumbuh tu ada macam lebihan daging tau..kemerahan..

Ira rasa tu mesti sakit kan...fikir2 jugak dia ada gigit benda keras ke..rasa x ada...Ira bagitahu hubby..dia pun x tahu..so hari isnin masa ira bagi haziq makan buah pear dia pegang sendiri lah kan...dia luahkan balik pear yang die gigit tu bersama darah sikit..alamak ira dah gabra..nape ni...


Ira rasa tu mesti sakit kan...fikir2 jugak dia ada gigit benda keras ke..rasa x ada...Ira bagitahu hubby..dia pun x tahu..so hari isnin masa ira bagi haziq makan buah pear dia pegang sendiri lah kan...dia luahkan balik pear yang die gigit tu bersama darah sikit..alamak ira dah gabra..nape ni...So petang balik dari kerja tu ira terus bawa haziq jumpa dentist..



Doctor cakap anak ira nak tumbuh gigi geraham kecil..fuh lega...ira tanya doctor tu lagi..betul ke ni doc?xsampai macam tu sekali..Doc terangkan..memang ada sesetengah budak yang nak tumbuh geraham gusi akan pecah..so anak awak salah satu darinya...

Fuh lega ingat apa lah kan..Haziq...haziq...buat ibu x keruan aje...hehehe...so sekarang 4 batang gigi berlumba2 nak keluar gerahan bawah 2 batang geraham kanan dan taring kanan...total nanti jadi 12 batang...waaaaa syok lah dia mengigit nanti.......


Konon belajar tulis...kaki naik atas papan tu...adui lah anak


Pengan pen pun x betul lagi..hehehehehe

Semoga anak ibu membesar dengan sihat jadi anak yang soleh dan cerdik ye sayang......

Sunday 16 June 2013

Nipple luka lagi

Ya Allah betapa besar dugaan mu...Ira sudah rawat sehabis baik..ubah posisi kepada cross cradle hold pun sudah...cream pun selalu sapu namun luka lama kembali lagi malah bertambah ditempat lain...hari ini genap 6 hari haziq df terasa cepat rasanya berbanding haziq x df...

Terasa perit bila haziq df semalam..sedih x terhingga..
luka belum sembuh sempurna lagi...
Apa lagi yang harus aku lakukan saat ni Ya Allah...

Perjalanan penyusuanku  masih panjang...
haziq masih memerlukan 100% susu ibu lagi disaat ini..
masih berbaki 8 bulan harus ku tempuhi...

Adakah aku kuat untuk aku harungi selama 8 bulan akan datang????
Adakah keadaan ini akan berterusan???
Ya Allah permudahkan lah urusanku
Sembuhkan lah luka ini
Kurangkan dan hilangkan lah kesakitan ku ini....

Jadikanlah perjalanan penyusuan ku ni sesuatu yang indah
Sesuatu yang nikmat dah bahgia boleh  dirasai...

AMIN..............

Ira akan cuba ubati lagi...dengan sedaya upaya dan ira x kan mengalah.....insyaallah.....


Saturday 15 June 2013

Nasi jagung dan sup ayam sayur campur

Erm..rasanya dah lama x update tentang makanan haziq ni kan...almaklumlah sibuk je..kalau ada masa tu hari sabtu baru dapat update...banyak sebenarnya reseoi yang tersimpan..lepastu dah lupa nak update hehehe

Ok cerita pasal makan ni..haziq start 16 month dah xnak makan bubur blend dah..nak makan nasi lembik dan nasi biasa..ira tukar2 lah..kadang bekalkan nasi lembik kadang bekalkan nasi biasa..


So ni hari sabtu ira sepatutnya cuti tapi memandangkan nak pergi kelas marmet dekat p.gudang so terpaksa juga lah hantar haziq ke rumah pengasuh...Jadi ira buatkan haziq nasi jagung


Resepi Nasi Jagung

Bahan-bahan:-

1 1/2 cup beras (cup rice cooker)
Jagung blend
Unsalted butter
1 helai daun pandan
1/2 cwn susu segar
bawang holland didadu
1 inci halia, dihiris
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang serai, dititik
Air secukupnya

Cara - cara :-


1. Cairkan butter, tumis halia hiris, bawang besar, serai, 1 helai daun pandan dan kayu manis & bunga lawang
2. Masukkan jagung, kacau rata dan tambah beras. Goreng beras dengan bahan2 tadi selama 2 minit sambil dikacau. 
3. Tuang susu & air kacau rata dan masak seperti biasa.


*if nak buat nasi lembik lebihkan air ye*

Resepi Sup Ayam sayur campur

Bawang merah + putih blend kan..kemudian tumiskan dan masukkan rempah 4 beradik...
bila nak wangi masukkan air secukupnya dan masukkan ayam dipotong dadu reneh 10 minit
kemudian masukkan sayur pilihan.. ira masukkan sayur brokoli dan lobak

Siap...



Thursday 13 June 2013

Breast Infection/Niplle sore and cracked
Next day - 7

Hai semua...ira update lagi apa yang berlaku selepas 7 hari..luka nipple hari ke -3 dah elok..dah xnampak merekah lagi dah..Alhamdulillah..tapi masa tu dah nak bagi haziq df rasanya...tapi tahan dulu hati ni...yelah kesian sangat kat haziq x dapat nenen...

Tiap malam meragam menangis mengaruk aje kejenya...Lagipun jadi EP mom ni memag penat..asik nak perah aje..malam pun kene bangun perah...lagi2 haziq dah bagi susu botol pun nangis lagi...so ira terpaksa masukkan haziq dalam buai nak suruh dia tidur..kalau cx memang x tidur lah dia...kesian sakit badan dia...

kalau kat atas tilam kan bebas dia nak buat apa2 aksi pun,ni dalam buai pergerakan terbatas..dia tidur pukul 10.00 so pukul 12.00, 3.00 ,6.00 dia  bangun nak susu,....memang kelam kabut lah nak panaskan susu lagi sambil dia menagis lagi...aduh stress rasa...kita pun x cukup tidur..

Kebiasaanya dia dia ek ek ek aje kita terus sumbat dia dengan nipple kita kan..dia pun syok je nyonyot sambil kita pun boleh tidur...memang susah rasa...baru tau rasa ooo macam ni rupanya anak yang minum susu tepung ni...kan.....

So malam ira bagi dia df alhamdulillah nasib baik dia nak hisap..risau juga dia merajuk ke ape ke  xnak df lagi...rasa happy sangat dapat df dia lagi..tersa nikmatnya....

esok pagi ira dapati bahagian aerola melecet lah....aduh pedih...belum baik lagi...melecet sebab kulit dah nipis sangat yelah dah banyak kali mengelupas ape x nya...harap2 luka lama x koyak balik...Ya Allah permudahkan lah urusanku.....



Nasi sayur campur dengan Sup Fishball


Start haziq dah makan nasi ni kering idea pulak nak buatkan dia lauk ape2..hari2 duk fikir..esok ape haziq nak makan hahahaha..yang penting makanan dia mesti berkuah...tu yang pening tu...

So apa yang ada dalam peti ira masak je lah apa yang patut...Sayur dalam peti ais dah habis so ira pakai mix vegetable aja..nasi still guna beras perang lagi..jadi masa masak tu ira campurkan aja di akhir2 nak siap tu...

Fishball pulak...buang tulang ikan dan ambil isi sahaja..x kisah lah ikan apa..lepas tu blend kan (masa blend jangan campur air tau)...lepas tu bulat2 kan lah ikut suka hati nak besar mana...then masak lah sup macam biasa juz masukkan fishball tu aja...

so simple kan..




































Wednesday 5 June 2013

Breast Infection/Niplle sore and cracked

Apa yang ira dapati selepas mandi pantai ahad lepas nipple belah kiri teruk sangat..merekah keliling puting dengan berdarah nya lagi..Ya Allah memang sakit padahal baru 2 kali bagi haziq direct bf sebab susah nak marmet dengan banyak sangat aktiviti..sebenarnya dah seminggu ira rest kan breast kiri daripada hisapan mulut haziq...bagi belah kanan je belah kiri ira perah dan simpan..sebab nak pulihkan sebelah dulu..

Tapi x sangka ianya belum pulih sepenuhnya lagi...akibat xtahan sakit...breast ira jadi gatal bukan takat bahagian aerola aja tapi semua keseluruhan breast asik duk menggaru aje..nipple pulak dah lah nerekah kawasan aerola mengelupas berkuping2 jadinya...

Ni x boleh jadi mesti kene dapatkan rawatan doctor ni..xnak masalah ni berlarutan...duk tahan 2 bulan sakit...Akhirnya ira bejumpa doctor pada hari selasa..doc terperanjat dan cakap kenapa lambat sangat datang klinik...ira senyum je lah ingat dapat sembuh tapi ni  xsembuh2...doc cakap nipple ada alahan dengan mulut anak mugkin x bersih yelah haziq dah besar macam2 dia makan..tu doc tanya breast awak mesti gatal2 kan.......yes true memang gatal2  pun...oooo doc cakap yelah awk dah kene infection..




ni lah ubat yang doc bagi tu dia cakap save for brestfeeding but cream kene bersihkan betul2 sebab cream tyu racun...seelok nya bersihkan dengan air suam


Pontalon - ubat tahan sakit
Chlorpheniramine - gatal
Moxipen - antibiotic
Xepasone - alahan

Ira makan 3 ubat je ubat tahan sakit ira x makan ye lah bukan sakit pun..sakit bila haziq df aje...malam ira makan pagi esoknya ira cirit birit aduhhhh..so susu ira marmet x berani bagi haziq..takut haziq pun ikut cirit birit jugak....doc suruh stop df sampai luka sembuh...so ira terpaksa jadi EP mom ler...huhuhuh sedih sangat.......


Ni je stok yang ira ada..ada dalam 40 botol je..xtahu lah cukup ke x ...tawakal je lah kan...ni kalau ira kira cukup 5 hari aje...susu ira perah buang kan kalau x boleh back up sikit...hati dah mula risau tapi nekad nak stop df dia sampai luka ni sembuh dulu..


Ni hari pertama siang haziq ada bersama ira sebab ira cuti sakit sengugut pulak...memang dia asik minta aje...dah dukung dah pujuk still nak jugak..duk tepuk2 breast kita duk selak2 baju sambil merengek nak...masa tu memang tersentuh lah hati ni...xtahan rasa dia menangis so ira pun menagis jugak...
x sangka macam ni kuat perasaan bila x dapat df dia..agaknya macam mana perasaan ibu yang nak wean off anak kan...mesti sedih sangat....

Harap2 ira dapat tahan hati ni.....

Ya Allah sembuhkan lah segera nipple ku ini...





Saturday 1 June 2013

Bercuti Di Lotus Desaru

Bercuti lagi??? hahaha dengar memang best kan..sape yang x seronok pergi bercuti kan..tapi ni dengan family my husband...last minit buat keputusan.kui kui...konon masa planning x nak join...tapi bila diajak pergi jugak kan..hehehe..muka xmalu betul...

kebetulan hari Agong kan...ramai betul orang........sememangnya best lah jugak kat sini...cuma pergerakkan ira dengan suami agak terbatas sedikit sebab ada haziq kan...dukung memanjang...patah pinggang dik oi...


Baru sampai excited terus amik gambar....suka nor berposing ni kan



halaman utama aparment di lotus....berapa per night? huh jangan ditanya sebab orang sponsor lah


bilik utama...besar ada bilik air


petang on the way pergi water park



ha kat sini falling coconut...orang duk tunggu air dalam tempurung tu full...berderet lah orang duk tunggu kat bawah tu...bila dah full...zassss air pun simbah ke bawah




ni lah familu belah husband..ada ramai lagi tapi dioarng x join

at swimming pool


happy haziq main air


Malam masing2 tengok bola...Johor Vs Pahang


Pandangan pagi dari luar jendela


On the way ke pantai pulak


ha ni hasil kat pantai...dah penat nak edit hahahaha...banyak sangat gambar..

Apa pun memang enjoy lah....

Thank you pada Family 

Monday 27 May 2013

Lubang susu tersumbat

Bangun pagi subuh macam biasa lah ira marmet tapi yang peliknya baru dapat 2 oz breast still rasa x kosong lagi..kenapa ye..dah puas buat LDR banyak kali dah tapi still ada 1 urat ni macam bengkak lagi...

So oleh kerana lambat..ira biarkan je lah..sampai diofis breast rasa berdenyut2 sakit sangat rasa x selesa..cepat2 periksa kawasan puting ira ada nampak 1 biji kecik warna putih menghalang saluran susu..

Ira pun cepat2 goggle dan tanya pada kawan..so ni lag yang ira buat..nasib baik kat ofis memang ada spare 2 botol kecik memandangkan ira bawa haziq pergi ofis selama 8 hari semua coler bag icepack memang x bawa..haziq just direct feed je kan... 

                                         

Botol ni ira isi air panas untuk tuam breast yang bengkak




Ni jarum kat board (ni je yang ad kat ofis ni)   tapi ni jarum baru,so ira rendam kan dengan air panas sebab dikhuatiri ada kuman kan

So ira tuam dulu breast dan nipple bg lembut kemudin ira cungkil benda putih tu ,sakit masa nak cungkil tu ambil masa 15 minit jugak..cungkil2 ada nampk dia longkah tapi x terpisah pun lagi dari lubang tu..

terfikir jugak ke benda ni macam benang..panjang sepanjang saluran susu tu...buat punya buat ira try picit macam nak picit jerawat tu..perh memang sakit lah hahaha



sekali keluar pun...lah kecik wek je benda ni...ingatkan besar mana lah...tapi kecik2 cili padi tau..kerana benda kecik ni lah akan buat breast kita sakit dan bengkak kan...jangan pandang remeh tau...


Lepas tu fuh lega selega leganya...ira marmet dapat 3 oz

Selesai masalah ni...ira jadikan ini satu pengalaman dan pengajaran...selalu lah cuci nipple kita kalau xnak perkara begini berlaku pada kita...

Friday 17 May 2013

Mood Sabtu


ni lah kan orang x dok keje hahahaha...dah xtahu nak buat apa kerja ofis dah siap bos pulak keluar ada metting

so ira marmet lagi selepas 1 jam pukul 10.00 am tu...dapatlah cukupkan 4 oz..

memandangkan pagi tadi bekalkan haziq 8 oz...subuh tadi ira cuma dapat 2 oz so tambah dengan 4 oz ni jadi lah 6 oz

macam mana nak cari lagi 2 oz ni agar x tarik stok??? 

Insyaallah petang nanti curi2 lah marmet kalau dapat lah kan masa haziq tidur petang tu

hari sabtu ira keje sampai pukul 1 petang je

Ni tinggal lagi sejam nak balik

erm x sabarnya nak balik ambik buah hati tercinta...

Lagipun banyak keje nka buat petang...almaklumlak esok nak picnin kat waterfall kota tinggi

uh bestnyer dah lama rasanya x jejak kaki kat situ adalah 2 tahun kot...

Selamat bercuti.......

Haziq 15 Month

Dah besar dah anak ibu ni hehehe...makin cerdik dan banyak sangat benda dia nak belajar...xreti duduk diam ada aje benda dia nak buat..

Apa yang ira perasan haziq dah mula nak makan sendiri.nak pegang sudu sendiri..bila x bagi mula marah dan x nak makan..nak x nak terpaksa bagi jugak dia pegang dia kacau sana kacau sini memang bersepah lah tempast dia makan..dah lah makan bubur lagi..

Tambah kerja nak lap dengan kain basah pulak bila dah habis bagi dia makan...erm sabar je lah laya keranak haziq  ni walau kadang2 hati ni geram campur penat




Kejap tangan kanan kejap tukar tangan kiri...puas ajar pakai tangan kanan..kadang berus gigi dia pegang pun selalu belah kiri...suka tukar2 tangan...




Kejap tangan kanan kejap tukar tangan kiri...puas ajar pakai tangan kanan..kadang berus gigi dia pegang pun selalu belah kiri...suka tukar2 tangan...

Sekarang lagi parah nak buat keje pun susah nak asik berdukung aje
kalau x dia punya menangis macam kene pukul aje meleleh2 air mata  kecian tengok

Tapi nak buat macam mana kan husband keje malam dia xde kawan nak main...tu yang mengamyuk bila kita buiat keja kat dapur...

Antara perangai baru dia lagi uh cuka cakar muka ira ni tarik rambut sekuat2 hati dia...memang putus lah rambut ni ada kat tangan dia...lama2 boleh botak kepala ibu ni sayang...x bagi mengamuk habis...

Nak tidur malam pun susah...asik nak main aje lompat2 sana sini bergelap pun sama je bukab takut pun dia ni...

Walau penat,sakit ibu tetap bahagia adanya haziq dalam ibu dan ayah...

Semoga haziq jadi anak yang cerdik dan soleh...

Amin

...................Terima Kasih Allah atas anugerah yang telah Engkau berikan kepada kami................................

Tuesday 14 May 2013

Kad Hari Jadi Untuk Suami

Ini lah hasil tanganku yang x berapa nak keatif hahahaha.... ira buat ni tengah malam masa my hero tidur dan suamiku kerja malam..2 jam jugak lah ambil masa nak siapkan kad ni walaupun x berapa lawa...:-)



Muka Hadapan


page 2 buruk sikit gambar bunga tu sebab buat dalam samar2 je dalam bilik..kalau terang nanti anak bangun pulak..


Isi yang penuh makna


page belakang...macam budak2 sikit lah erm dah xde idea nak buat...lagipun buat pakai kertas yang ada je....xnak membazir



jenuh juga nak siapkan...

Walau ianya sekeping kad tapi isinya penuh makna...hasil tangan isterimu sendiri wahai suamiku....
ayang x ada hadiah mahal yang nak diberikan...walau apa pun cinta dan kasih sayang ayang pada abang x pernah pudar....

Kek Cinta Untuk Suami




Semalam ira minta tolong bos belikan kek...tapi rupanya semalam petang dia ajak pergi..uhh seronok...
ira beli 2 potong aje memandangkan husband ira x suka makan kek..nanti kalau beli 1/2 kg konform ira yang kene habiskan balance nya....


Perisa durian Mouse for me
Perisa fruity untuk husband
1 slice RM 6.20


Jadilahkan daripada x ada .......

kad dan kek ira letak tepi tv sebelum ira pergi kerja memandangkan dia kerja malam so x boleh sambut sama2..ni je cara yang boleh buat...ira tahu dia memang x mengharapkan apa2 pun dari isterinya tapi rasa bersalah juga x dapat nak belikan dia hadiah..huhuhu belum gaji lagi...dia nak sangar beli jam tangan jenama adidas ke casio kalau x silap ira..xdapat nak tunaikan...sedih :-(

Imbas kenangan dulu

Ni ira x pasti husband masih ingat atau x..kali pertama ira sambut birthday dalan kereta dekat senibong permas jaya...dengan berbekalkan kek coklat bulat yang comel ajer...ira nyanyikan then suruh dia potong kek tu...ira hairan dia senyum tapi air matanya menitik membasahi pipi...

aduh dalam hati 'aku ada buat salah ker' ira tanya dia kenapa jawapan dia cakap abang terharu sangat..x pernah orang sambut birthday dia macam ni....masa ni kalau x silap ira hadiahkan dia jam tangan...tahun kedua hadiahkan dia baju...tahun ketiga xde hadiah kot....hahaha...teruknya isteri dia ni kan....:-)

Ni cerita masa bercinta belum bertunang belum nikah.........

Semoga cinta kami disinari cahaya kasih Allah sampai ke syurga...Amin...