Wednesday 27 February 2013

Haziq Gosok Gigi

Sedang aku gosok-gosok gigi dia ,dia pun sibuk nak buat sendiri...ha ambik lah Haziq buat lah sendiri..tootbrush ni jenis silikon x membahayakan,x tajam, jenis lembut aku beli dekat My Pharmacy Setia tropika harga asal aku lupa ni harga ahli dapat lah RM18.00

Gigi nya x lah banyak sangat ada 8 batang aje...tapi kene terapkan dari kecil nanti kalu dah besar payah nanti nak ajar dia gosok gigi....Gigi Haziq tumbuh seawal 6 bulan :-)





Erm comel sangat dia buat mimik muka macam mana sekalipun....I love u my son ....Very nuch




Tuesday 26 February 2013

Syukur Alhamdulillah



Syukur ku panjatkan padamu Ya Allah...Memberikan ku nikmat yang x terhingga....Aku rasa sudah lama tak dapat 5 oz..pagi tadi walaupun aku tahu lambat tapi still aku nak buat juga PP,aku dah xnak malas2 lagi..huhuhuhu...pam pam pam dapat 5 oz wow terkejut yang amat...suka suka suka

................................................................................................................................................

Entah kenapa pagi tadi pukul 5.00 pagi Haziq bangun ..adui masalah lagi nak tidurkan Haziq balik..budak ni memang payah sikit nak tidur...

5.15 am selesai aku menyusukan Haziq, lalu aku tukarkan pampes dia kemudian aku masukkan dia kedalam buai untuk tidurkan dia...5.30am pun dia belum tidur lagi aku mula naik marah 5.40 am pun belum tidur lagi aku marah dia suruh dia,dia buat mata terkebil2 (comel) tapi marah geram menguasai segalanya..

aku hayunkan buat lagi sambil ratib 6.00 am baru lah dia tidur..alahai Haziq....sejurus dia tidur aku pun terus bergegas masak bubur dan tinggal kemudian mandi ..selepas mandi kacau bubur Haziq sehingga lah masak pekat then aku tutup api dan laksanakan PP aku....

pukul 7.40 am sudah ...alamak lambat lagi sampai ofis ni....

8.38 am baru sampai ofis.....

SORI BOS SAYA LAMBAT
:-p

Sunday 24 February 2013

Pesta Layang-Layang

Hari sabtu malamnya adik aku bermalam dirumah aku sebab katanya nak g pesta layang-layang...aku pun denga muka x malu nak ler ikut..hahaha....malas nak citer banyak jom tengok pic kat bawah ni..haziq posing



masam nya muka anak ibu ni........



eksen je ni bukan pandai sangat pun guna sipy cuo nuby ni...:-)




dia geli aku letak kaki dia atas rumput..hahahaha

.


ha ni hasil aku shopping barang makanan haziq dekat tesco extra..rindu nak gi situ akhir nya tercapai jua...

Thursday 21 February 2013

Storage Bottle & Teat Mam




Wah  hari ini barang- barang keperluan ku bf ku dah sampai..Baru je semalam order pagi dah sampai,begitu pantasnya Pos Laju ni kan...Tabikkkk Lah!!!!!!!!!!

Semua ni aku just beli online aje kat facebook eizmierahmumbabyshop aku suka berurusan dengan dia..senang sangat dapat diskaun lagi..hilk hiks...... 

Storage bottle autumz tu baru je keluar RM 35.00 teat Mam tu biasalah 2 Pcs RM 24.00 Storage 
bag RM 11.00 

So lepas ni senang lah aku nak simpan SI x kelam kabut lagi asik fikir mana botol lagi aku nak pakai..huhuhu

Enjoy Breasfeeding to All Momoies!!!!!!


Tuesday 19 February 2013

Pulihkan Susu Badan Dengan PP




Ya Allah besar betul keajaiban Mu....memang betul Teknik Power pumping ni membantu meningkatkan penghasilan susu ni lah baru pertama kali aku buat PP pagi2 buta tapi nikmat yang aku perolehi tidak terkata tidak dapat digambarkan....

Punya lah suka...Ya Allag aku bersyukur ya Allah...aku yakin jika aku buat berterusan teknik ni insyaallah akan lagi lebih aku perolehi nikmat ni... daripada 10-12 oz dapat up balik 15 oz tapi i baru je sehari buat PP cuba kalau seminggu??? sapa tahu kan dapat macam dulu 20 oz ++ per day

Apa itu teknik Power pumping???

1 ) Double pump 
= 10 minit pump
= 10 minit rehat
= 10  minit pump
= 10 minit rehat
= 10 minit pump
= 10 minit rehat 

*ha cukup kan sejam...macam itu lah teknik PP yang dikatakan

1 ) Single pump 
= 10 minit kanan
= 10 minit kiri
= 10 minit kanan
= 10 minit kiri
= 10 minit kanan
= 10  minit kiri

* cukupkan juga sejam

Teruskan pump juga walau pam susu x keluar dah orang cakap pam angin je..hehehe tapi xpe dia akan hantar signal kita perlukan susu lebih dari biasa...

korang cuba lah yek...sama2 kita istiqamah demi Permata Hati kita....


Sunday 17 February 2013

Bread Puding dates & prune

   ni lah hasil kejeku semalam.....

Dah lama rasanya x buat kan Haziq makanan2 yang lain selain bubur dek kerana kesibukan yang teramat lah saya so ira jd malas..huhuhuhu kesian Haziq..So semalam rajin2 kan diri ku...

Bahan-bahan :-

1) sekeping roti
2) fresh milk
3) telur
4) cheese
5) dates & prune dicincang


Pukul telur bersama cheese sampai kembang


Carik- carikkan roti masuk ke dalam remekin


campurkan separuh dari telur ya ng dipukul tadi kedalam fresh milk


kemudian tuangkan sedalam remekin yang berisi roti tadi dan taburkan dates dan prune ke ataskan....lepas tu kukus selama 20 minit....


tara.......siap.....

Sunday 10 February 2013

Snek Banana Oat



Ni lah resepi teringkas dan paling senang hehehehe...buat kudapan heroku di rumah pengasuh...


Bahan - Bahan :-
1) pisang masak ranum
2) Oat di blend

 Cara- cara :-
1) kukus pisang dalam 10 minit
2) lenyekkan pisang tadi bersama oat yang telah di blend, buat lah bentuk suka hati momies semua
3) bakar 15 minit sahaja

 Siappppp


Tuesday 5 February 2013

My Aniversary 2nd year

Tak ku sangka tahun ni sambut juga aniversary kami yang ke-2...tahun lepas sambut juga tapi sambut dengan kehadiran cahaya mata iaitu MUHAMMAD HAZIQ IRSYAD lahirnya kedunia pada 02 Februari 2012 sedangkan aniversary kami 05 februari aku tengah dalam pantang hehehehe...

Tahniah diucapkan kepada suami ku semoga ikatan perkahwinan kita berkekalan sehingga ke syurga..

mengenalimu bahagia x terkata
berdampingan dengamu kasihnya tak terhingga
hidup disisimu anugerah yang tak ternilai...




ni lah kek yang di beli oleh suami tanpa pengetahuan ku...sayang abang...muahhhh






abaikan Haziq x berbaju tu hahahaha


peace you!!!!!


wah sedap wooooo

Puisi Cinta buat Suami ku yang ku sayangi
Senyummu adalah bahagiaku..
Ceriamu adalah dambaku..
Gelisahmu adalah kebimbanganku..
Air matamu adalah kesedihanku..
Kau pelipur lara dukaku..
Kau pengiring suka citaku..
Bersama kita dalam hari-hari keberkahan..
Ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta..
Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang..
Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu..
Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..
Cinta, sayang, dan rindu atas nama pengabdian kepada Rabbul Izzati..
Malam ini bintang bersinar cinta, bulan tersenyum sayang, angin mendesir rindu..Wahai bintang, bulan dan angin..
Sampaikanlah salam cinta, sayang, dan rinduku kepadanya..

“Sungguh Aku Sangat mencintaimu karena Allah”





Bubur Sup ayam brokoli

Oleh kerana haziq x sihat ibu buatkan haziq sup ayam ye..semoga anak ibu cepat sembuh. habis semua badan dia naik ruam..dah g jumpa doctor dah...

hari ini ibu masak kan sup mudah mudahan selera nya ada lah...risau nya hati




ni lah bahan- bahan nya...

bawang holland,bawang putih,sup bunjut,halia,lobak,celery,brokoli,tomato

saja je letak tomato sikit biar ada masam masam sikit :-)


tumis kan bawang holland,bawang putih,halia dan bila naik bau masukkan ayam kemudian baru sayur


dah siap menumis masukkan kedalam bubur beras perang


Siap.....

Keputusannya?? haziq makan suku aja..ok lah daripada semalm lansung xnak makan..suap makan aje nagis...

Saturday 2 February 2013

 Haziq dah 1 year

Selamat hari jadi to my son Muhammad Haziq Irsyad. diam x diam dah setahun dah anak aku...tapi ibu xde wat apa-apa pun yang special untuk buah hati ibu ni kan...

Tapi ibu cuba buat yang terbaik akan datang ye sayang... sekarang ni itu lah yang ibu mampu buatkan cake pumpkin banana aje...ibu penat sayang rumah belum habis kemas lagi..huhuhu






Ibu harap anak ibu membesar dengan sihat jadi anak yang soleh ye..jadi anak yang berguna...ibu dan ayah terlalu sayangkan haziq...apa pun kita hidup dalam keadaan sedehana...ingat pesan ibu ye nak