Monday 31 March 2014

Naik Kapal Cruise??

Assalamualaikum semua....wah naik kapal cruise?yeke? macam x percaya je kan..hihihi..dulu dulu berangan best nya kalau dapat naik..best tu best ni...

sekarang alhamdulillah company hubby buat annual dinner kat situ lah biasa buat kat hotel..tapi anak x boleh bawa pulak..kesian Haziq kene tinggal dengan pengasuh..nasib baik pengasuh nak jaga dari petang sampai malam pulak tu kan..

Tapi tapi...ramai je yang bawa anak..Ya Allah rugi x bawa si hero kecik tu..mesti dia suka kan...kan.....huhu tapi apakan daya...dah terlambat....


Ni posing sebelum naik kapal..Ira memang x reti nak berfesyen bagai...malam sebelum tu dah try pelbagai gaya tudung termasuk selendang..hampeh semuanya rasa x kene..kelakar pun ada serabut pun ada lilit sana lilit sini...uishhh rimas pulak ....so simpang aje lah tudung macam kebiasaan di pakai...


Bergambar lagi..kawan2 hubby yang tolong amikkan memang sporting betul lah mereka tu...




Ira just simple..berjubah dan tudung akel plain warna turquise...ish betul x eja ni hihihi....ira ingat nak pakai baju purple fishtail..tapi awal2 hubby dah request nak isteri  nya ni pakai jubah..so ikut kan je lah hihi..hubby segak dengan kemeja putih nya...



ni lah suasana dalam Cruise..x lah besar mana tapi x sampai sesaat masuk perh sejuk yang amat..x dapat tahan rasa kesejukkan nya tambah dengan angin pantai lagi...lagi lah sakit sampai ke tulang rasanya...


keluarga SHELL...periang peramah...suka buat lawak dannnnn suka kene kan kawan masing2 termasuklah mu hubby orang suka kene kan dia ,dan dia pun sama kenekan orang...haa sepaan lah tu



Dimeja makan kami....

lauk pauk  memang bermacam lah kan...
nasi beriyani lauk ayam masak merah.kambing pun ada,udang ,masak sambal,ikan celup tepung.sayur brokoli campur dengan pelbagai sayur,buah buahan kuij muih....ishhh memang banyak sangat lah...mewah makanan...sedap sangat tapi ira makan sikit je..rasa x boleh telan...ye lah masih dalam mood mabuk morning sickness kan...ape pun x lalu di tekak ni... my kandungan turn 3 month nextweek...Syukur Alhamdulillah

program biasa biasa je...ada lucky draw,karaoke,best driver award...my hubby dapat table Fan 16' masa lucky draw hihi Alhamdulillah...

Terima Kasih kepada my husband kerana abang ayang dapat naik Cruise ni....sayang abang kerana Allah





*Berposing bergambar hanya sekadar suka buat kenangan......Apa pun Allah tahu niat kita..biarlah apa orang nak kata...*


Monday 17 February 2014

I'm becoming moms again!!!


Assalamualaikum semua..wah dah lama rasanya x menulis di blog..udah hampir usang kiranya...hihihi tapi ira cuba merajinkan diri semula menulis kisah kisah di blog..

Back to pada tajuk asal...YESS Alhamdulillah dengan izin Allah ira pregnant buat kali kedua..Haziq bakal jadi abang long..hihi..

BERTTC

Bahagia xterkira hati ini..ira start berttc dari hujung bulan disember 2013 ...so awal bulan Jan 2014 ira ada tanda2 awal mengandung sepeti kerap pening dan loya..dalam hati dah agak macam ada isi je perut ni.

 Jadi oleh kerana x sabar 2 hari sebelum due period (Rabu) 8 jan 2014 ira buat lah UPT yang stripe punya tu..tungu punya tunggu line naik tapi samar2..bila ambil gambar memang x nampak line nya..tapi serius ira memang nampak walupan ianya samar..rasa hati gembira sangat

Tapi tup tup pada hari Jumaat 10 Jan 2014 cik period pun menjengah.. Ya Allah kecewa hanya Allah yang tahu..nak di jadikan cerita ira rasa period kali ini berlainan sangat sakit macam senggugut..ira dah lama x senggugut sejak amalkan Qaseh Gold Adinda..sakit yang amat sangat..sekali ada terasa ada benda pluppp keluar dari miss V ..

So cepat2 ira pergi toilet seketul dara agak besar seakan2 tisu yang dibasah kan..hairan sangat..kenapa period kali ni keluar macam ni kan...lepas keluar seketul benda tu baru lah perut rasa lega sikit..fuhhhh...tarik nafas .........

Bertambah pelik period hanya datang 3 hari je lepas tu kering...ira rajin mengugel so ira pun gugel lah kan...so ira jumpa ini

Chemical pregnancy?

Chemical Pregnancy ni biasa berlaku... dalam 50% -60% kehamilan pertama akan mengalami keguguran di awal kehamilan....
Chemical Pregnancy ni juga berlaku cukup awal...dan memberi kesan yang sedikit kepada badan kita...
ramai yang menjangkakan itu adalah darah period yang datang dah delay atau tepat iku cycle kita...
dan biasanya darah yang keluar selalunya sedikit ataupun terlampau bayak dari kebiasaan...
dan kadang-kadang pendarahan diiringi dengan rasa cramp yang kuat, tetapi proses pemulihan agak cepat dari keguguran biasa...

ooh rupanya UPT line samar2 tu kemungkinan ira mengalami chemical pregnancy..baru tahu..tapi dah xde rezeki kan..xpe kita cuba lagi hihi...usaha doa dan tawakal pada Allah


Anugerah Allah buat kali ke 2

so planing untuk menimang cahaya mata menebal dihati..masa subur memang usaha sungguh2 sambil berdoa pada Allah..cylce day ira  ialah 35 hari so waktu subur ira ialah 28 Jan - 1 Feb 2014..ira ada juga buat BBT tapi x konsisten..lupa aje kerjanya so ira berpandukan calender kat FF je lah..ira last make love 31 Jan sebab 1-3 Feb ira pergi bercuti ke nilai plus hantar adik belajar di koleh Negeri..

Apa yang pasti 1-3 feb tu ira perasan lendir mucus keluar eggwhite..maksudnya masa ni lah telur matang kita keluar..tapi apakan daya x boleh nak laksanakan memandang kami bercuti bersama family besar..tapi apa yang ira pasti sperma suami boleh bertahan selama 72 jam dan telur isteri kurang dari 24 jam dia hidup..ira berdoa sperma suami akan kuat bertahan dalam tu sehingga bertemu dengan telur ovari.

Apa yang ira percaya Insayaallah kuasa Allah tiada tandingnya...punya ke tidaksabaran melanda diri..masa DPO ke 9 ira dah buat UPT..hasil negatif..wah kecewa padahal dah dah tahu xde pun simpton pregant pun yang ada hihi...

Berkat naluri yang tinggi ira buat UPT lagi hari DPO ke 13 hasil nya.......tadaaaa...tengok gambar dibawah


hasil nya samar tapi lebih jelas dari bulan lepas punya..ira nekad beli clear blue digital..hasilnya PREGNANT 2-3 WEEK!!! Ya Allah gembira x terkata akhirnya Allah bagi peluang buat kali kedua untuk saya mempunya zuriat lagi..Alhamdulillah Syuran Allah..ikut kiraan klinik ira dah hamil 6 minggu..

Suami???jangan kata lah suka sangat dia sampai x terkata hanya mampu melafazkan syukur dan memeluk ku tanda ia menghargaiku....



Buat teman teman yang masih berjuang dalam TTC ira doankan ada rezeki untuk kalian..Amin...







Wednesday 5 February 2014

Aniversarry ke 3

Today adalah hari ulang tahun perkahwinan kami ke 3..Tiada kek dan sambutan kali ini...ada sebab nya hihi..hanya mampu imbas kenangan masa hari pernikahan kami..05.02.2011 (Sabtu)



abang...

ayang gembira jadi isteri abang

ayang gembira berada disisi abang

ayang gembira menjadi seorang ibu kepada anak kita..

tiada yang indah selain menjadi sebahagian dari hidup abang...

Semua ini kerana Allah

Semoga hubungan kita kekal hingga ke Syurga

ayang sayang abang sangat-sangat

.....................................
.............
...

Sunday 2 February 2014

Haziq turn 2 Years Old

Anak ibu Muhammad Haziq Irsyad Masrihan dan 2 tahun ...02.02.2012 Selamat Ulang tahun yang kedua sayang....wah dah besar rupanya buah hati pengarang jantung ibu ni..hihihi..Syukur Allah beri kesempatan untuk membesarkan anak anugerah yang x ternilai ini..


gambar masa umur 20 bulan kat rumah Atok..basikal turun temurun hihi...dari kami adik beradik turun ke cucu pulak..punya lah cermat my moms simpan barang


Gambar 2 years tu fresh pepagi masa kat machap kami sekeluarga berhenti untuk sarapan sebelum meneruskan perjalanan ke melaka rumah sepupu seterusnya ke nilai untuk shopping dan seterunya ke kolej negeri,Cerdang hantar adik lelaki sulung masuk belajar disitu..

Semoga anak ibu Muhammad Haziq Irsyad Bin Masrihan jadi anak yang soleh,berakhlak mulia,hormat orang tua,bijak pandai,cerdik pintar insyallah..

Ibu harap dapat didik anak ibu ni jadi insan yang berguna.ibu dan ayah akan berusaha apa yang terbaik untuk kamu wahai anak..

Friday 26 July 2013

Cara Solat Sunat Dhuha yang ringkas



Solat Dhuha merupakan amalan sunat yang di galakkan kita amalkan nya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW.  
Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6, hingga 12 rakaat. 



Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sinat Dhuha : 
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor. 
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati :
✿ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua  
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿  Tahiyyat akhir & Beri Salam.. 
3. Doa  
✿ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿  Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿  Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :

Maksudnya:
 Ya Allah, 
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, 
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, 
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu 
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya ALLAH, 
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan
jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.. 
~Amennn Ya Rabbal Alamin..~

Tuesday 23 July 2013

Cookies Orange Oat


Cookies Orange Oat

Wah mentang-mentang raya dah dekat kan...rajin pulak godek resepi biskut for my little one...Resepi ni pun lebih kurang aje sebenarnya cuma lain perisa dan bentuk...ni bentuk bebas...x perlu susah2 guba shape hahahaha...kononnya nak standby raya tapi pengasuh kata dah tinggal separuh dia haziq makan buat sarapan...aduh...nanti weekend ibu kene buat lain lagi la ni...

Resepi termudah

Parutan sebiji kulit oren
1 Cawan Rolled oat
3/4 cawan Tepung atta
2 sudu besar tepung jagung
Unsalted butter
1 Sudu madu
2 Sudu telur

Cara-cara :-
1) Pukul unsalted butter bersama telur dan madu
2) masukkan parutan kulit oren kemudian rollet oat
3) masukkan tepung kemudian uli sampai jadi doh
4) dah rata buat lah bentuk suka hati...
5) bakar dalam 15 minit

p/s: if berderai you all boleh tambahkan sedikit minyak jagung

So jadilah cookies ni...baunya amat lah harum...yelah bau oren kan...

Wednesday 26 June 2013

Limau sunkist penggalak susu


If You all ada baca posting ira sebelum ni yang haziq kurang df...yes true susu ira makin drop sekarang...biasa kat ofis pukul 10 dapat 3 oz pukul 1 dapat 3.5 oz kan...sekarang 3 oz pun dah nampak bayang sudah...wuhaaaaa sedih woooo....dah makan habatussauda+madu..halba+madu pun x berhasil jugak...sekarang dekat ofis nak dapat 7 pun susah..semalam hanya dapat 6.7 oz beb....

Memang parah...kene lakukan sesuatu ni,x boleh dibiarkan terus begini..perjalananku masih jauh.....
so dari sunber yang ira dapat buah oren boleh jadi penggalak susu...so hari ini ira cuba buat macam gambar kat bawah ni....boleh letak madu..tapi ni kat ofis ira x letak madu lah...kosong macam tu aje...


Ape rasanya???tawar memang tawar hehehe nanti air dah habis bolehlah makan buah dia pulak kan.....

nanti ira share kan result nya...sebab benda ni x boleh buat sekali dua aje kene buat selalu dan konsisten lah kan...baru nampak hasil...

Moga-moga dapat lah up kan balik susu untuk hero kesayangan ira sorang tu.....