Tuesday 29 January 2013

Haziq Jatuh!!!!

Sebagai ibu kita xnak anak sakit kan,luka,kene pukul atau jatuh...kita nak ank kita baik2 aje...tapi walau bagaimanapun benda2 macam ni kita xboleh nak elak walau kita dah jaga anak sebaik mungkin pun...


.
Bibirnya bengkak gusi masih lagi ada darah yang keluar

Ketika aku mandi,tiba-tiba aku dgr dentum dan dengar Haziq menangis dengan kuatnya...dalam hati aku berkata ohhh Haziq jatuh...

Seminit kemudian pintu bilik air ku diketuk,(macam Teruk je) so aku pun buka pintu bilik air,my hubby cakap cepat cikit yang mandinya mulutt Haziq berdarah...hubby cakap mungkin gigi depan Haziq patah
terkejut beruk aku...terus aku mandi lincah kaduk hahaha....

Luluh hati aku tengok mulut nya penuh dengan DARAH!!! dan masih menangis lagi,alu pun ambil Haziq air ambil suam terus tuam kan kat mulut dia..dia menagis bukan main kuat lagi..sakit kan...pedih bisa semua ada...aku tengok giginya ok lagi xde patah cuma gusi nya tengah2 antara gigi dia luka (gigi atas Haziq jarang-jarang) dengan bibirnya pecah sikit

kat dahi pun berbenjol...dia terhantuk bucu pintu...tu lah excited sangat nak practis berjalan,punya suka x ingat diri walau banyak kali jatuh pun x serik2 tetap bangun lagi..ha sekarang dah jatuh terhantuk baru hilang suka nya...


lepas aku bersih kan darah dia terus aku sapukan dengan minyak jerselin oil...die tetap merengek lagi..aku terus bf dia sampai lah dia tertido sendiri

Biasa xde makna nya dia nak tido asik nak main aje...Macam ni lah patern baru Haziq Direct Bf dengan aku...Macam aksi lah Haziq ni...Ibu layan kan aje janji dia selesa



Cepat sembuh ye sayang..........


Risau dah lah hari ni hari kedua haziq kat rumah pengasuh tu takut die mengaruk aje....tapi anak ibu baikkan...jangan nakal2 ye....



Monday 28 January 2013

Emergency marmet tanpa peralatan pam

Perah dalam plastik pun boleh :-)

Harini hari pertama aku dan hubby hantar Haziq ke rumah pengasuh baru kat Taman Mawar...Lepas hantar Haziq hubby cakap nak g rumah lama kemas apa yang patut..sebab kami baru pindah so rumah yang lama tu banyak lagi sampah..dalam hati aku cakap alamak x bawa pam..tapi aku x kesah  boleh marmet alamak lagi...botol pun x de macam mana nak perah susu kan??? 

so lepas hantar Haziq kami pun sarapan terlebih dahulu..aku makan roti canai + teh tarik hubby makan lotong + teh tarik..lepas makan tu aku mintak lah plastik dengan tuan kedai tu..hehehe..Tiba2 idea tu datang...hubby tanya boleh ker perah dalam tu x susah ker..aku cakap insyaallah boleh....

Lepas makan kami pun gerak g kemas rumah lama yang berselerak dengan sampah...Pukul 11.45 am aku pun jalankan aktiviti memerah hehehe...ni pun dah lewat kebiasaan aku perah pukul 10.00 am...lari timing dahhhhh...




ni lah hasilnya....


memancut sana sini hehehe

Alhamdulillah ni lah hasil nya


  Alhamdulillah walupun x seberapa tapi kalau ada usaha Insyallah ada rezeki untuk anak...Semoga Haziq membesar dengan sihat dan cergas dengan berkat susu ibu
 Amin.............

Tuesday 22 January 2013

Pampes Drypes


Haziq pemgguna tegar drypes sejak lahir lagi dia memang sesuai dengan drypes ni ...start umur 2 bulan dah kene tukar ke saiz M haha sebab dah x muat..dibawah ni pek lama isinya 84 keping....pek baru dah kurang pulak isinya tinggal 80 keping je...mengelat betul


Pek Lama




Pek Baru


entah kenapa drypes bertukar wajah pulak kononnya sale tape dia tahan kalai kene bedak or minyak masih boleh digunakan lagi...buttttt saya x suka ketika Haziq 6 bulan kiranya pakai lah drypes wajah baru ni tengok lah apa jadi setelah sebulan pakai.....hati hitam kan...mula-mula merah lama2 jadi kehitaman..
kesian Haziq...


Kesan Lebam

Dengan geramnya aku pun mengadu domba lah tentang masalah ni dekat https://www.facebook.com/DrypersMY?fref=ts

so diorang tukar kan dengan yang baru still Wee wee dry jugak dalam 2 pek tukar so aku guna still masalah sama jugak...lansung aku emeil ke pihak drypes finally dioarang tukarkan pampes wee wee dry ke Drypantz

waaa ni anak aku memang ok pakai xde masalah tapi ongkosnya lah ada masalah MAHAL woooo...44 Keping RM34.90 gitu...Biasa 80 keping RM33.00 aje beza kan...hahahaha

so dalm beberapa minggu kemudian pihak drypes ada call aku menyatakan dia telah buat meterial kat bahagian sale tape tu lembut sedikit,so dia menyuruh anak aku try pakai,ada x masalah sama berulang...(jadi macam bahan ujikaji lah ni) 

Hari ni aku terima lah pos laju dari pihak dioarang......taraaaaa.




Baru sampai


Excited buka...28 keping aje


Isinya cuma 28keping saja..hahaha x sampai seminggu kot dah habis....
sku belum pakai lagi tuk Haziq sebab nak habiskan stok pampes yang ada tu dulu........

so resultmya ape??? tunggguuuuuuuuu ye nanti saya updatekan hasil nya.....see you again




Sunday 20 January 2013

Tempoh Penyusuan hampir tiba

Dengan izin Allah hampir sempurna pemyusuan anakku haziq selama 12 bulan..kiranya lagi 2 minggu aje!!! sapa yang x seronok kan ..hahaha hampir dapat degree gitu....

Sesungguhnya aku amatlah gembira dapat menyusukan anak aku sendiri walau banyak cabaran dan rintangan sakit perit yang dilalui tapi amat lah berbaloi untuk anak ku mandapat haknya...





Dengan demamnya ku gagahkan diri......
Dengan penatnya ku rempuhi....
Terpaksa bangun tengah malam pam susu tuk cukup kan keperluan dia di esok hari
Dengan nipple crack nya lagi tetap ku bagi Haziq direct walupun sakitnya hanya tuhan je tahu





Memang banyak cabaran didunia penyusuan ni kan momies semua????
Tapi apa yang penting kita puas kita suka kita genbira dan bahagia dapat anugerah dari Allah ni.....
Anak pun rapat dengan kita....
paling seronok tengok mimik mukanya merengek nak susu alah comel nyer.........
meruntun hati keibuan....


Tengaok lah Haziq memang jeles betul bila aku nak pam,sibuk je die nak gigit lah nk hisap lah 
memang susah lah nak mengepam kalau dia nampak,last2 bg je dia main pas baru dia puas hati..tahu tersengih bile kita bg dia pam..hehehe Haziq haziq memang cerdik anak ibu ni..

Nama pun Haziq kan....maksudnya cerdik lah ibu..apa lah ibu ni ..hehehe

Muhammad -Yang terpuji
Haziq - Cerdik/Pandai
Irsyad - Petunjuk

Ini lah nama anak ku hasil perkongsian aku dan suamiku tercinta.............................................






Nasi Tomato with Sweet Potato

Nasi Tomato With Sweet potato



Bahan -bahan :-

Isi ayam
Puree tomato
Stok ayam
sweet potato
bawang holland
bawang putih
Halia
celery

Cara- Cara :-

Masukkan beras perang puree tomato dan stok ayam biarkan masak
Dapur sebelah lagi boleh lah menumis bawang holland,bawang putih,halia sampai naik bau kemudian masukkan isi ayam goreng sampai kekuningan masukkan sweet potato dan celery
Kemudian masukkan bahan yang ditumis tadi dalam bubur nasi tomato


 Siap


Monday 14 January 2013


Haziq Demam

Cian anak ibu demam lagi, semenjak tukar bas yang baru kerap demam dalam 3 bulan bs baru jaga rasanya 4 kali dah haziq demam..erm kesian anak aku..batuknya pun kuat sangat bila dia tidur dengar kahak yang tersekat dikerongkong dia...dalam 3 minggu jugak lah haziq batuk demam seminggu je dah elok dah




Ni antara  artical yang aku dapat  dari Group Laman kesihatan Ibu Dan Anak di fb

PERBEZAAN ASMA DAN GEJALA BATUK LAIN:

Asma adalah penyakit keturunan atau genetik. Ini yang membezakan asma dan gejala batuk yang lainnya. Serangan asma boleh berlaku berulang kali jika pesakit terdedah pada alahan yang menyebabkan asma tapi, kes batuk lain seperti bronkotis atau batuk biasa tidak berlaku berulang secara kerap dan biasanya bronkotis disertakan dengan demam yang berlaku kerana serangan virus, bukan kerana alahan berbeza dengan asma yang boleh berlaku pada bila-bila masa walaupun bukan disebabkan virus atau bakteria.

RAWATAN:

Pastikan anda tidak memberi sebarang ubat antihistamin, kepada kanak-kanak bawah 2 tahun, atau sebaiknya selagi anak tidak tahu membuang hingus sendiri. Ubat ini tidak membantu bayi anda merawat selsema dan mempunyai kesan sampingan yang buruk.
(Topik ini telah banyak dibincang, jadi guna search button tentang kesan antihistamin) 

Elakkan penggunaan ubat mengandungi steroid seperti prednisolone.

Sebarang ubat-ubatan yang diterima perlu anda semak di www.mims.com.my kandungan dan side effect nya.
Batuk , kahak, selsema kebiasaannya berlaku disebabkan virus, jadi rawatan yang terbaik ialah dengan memakan makanan antiviral seperti bawang putih atau kunyit dan lainnya (rujuk photo penawar semulajadi cari antiviral foods) . Antibiotik tidak diperlukan merawat penyakit disebabkan virus. Antibiotik hanya membunuh bakteria samada baik atau jahat. 

Tapi, sekiranya sudah termakan antibiotik, perlu dihabiskan dan makan sekali dengan probiotik supaya bakteria baik kekal dalam badan. Jika penyakit berlaku disebabkan bakteria, anda cuma perlu mengambil probiotik dan prebiotik kecuali jika benar-benar tidak membantu, baru ambil antibiotik dan dalam masa yang sama makan juga probiotik. (Rujuk album atau search button info probiotik atau antibiotik)

PENAWAR:

1. Sup tulang atau bone broth sebagai penawar (untuk anak 8 bulan ke atas setelah boleh memakan makanan drpd sumber protein i.e ayam) : 
Cara masak : Rebusan tulang (rebus tulang with lots of onions, garlic sedikit halia dan bay leave) put in carrots, leaks and celery.

Note from Farah Rahim (kes anak tak mahu makan semasa sakit disebabkan virus)

Nak lawan virus kena lawan dengan protein. Virus "hirup" protein dr badan anak so dia kena makan high protein food. But the problem is selera tak ada, and body tak boleh nak digest food lebih2 so the highest protein in the form of liquid is bone broth. Dia hirup sup sahaja pun dah kira ok dah sebab semua dah meresap dalam stock tu. Give anak fresh juices as well. From food high in vitamin C like guava...papaya...also try and get some probiotics if u can. VCO pun bagus and body needs protein to produce white blood cells (antibody)

2. Buat minyak bawang putih untuk sapu pada dada anak 

3. Kunyit hidup juga boleh digunakan dengan cara tumbuk sedikit kemudian sapukan di hidung .

3. Letakkan bawang putih pada stokin anak. Caranya : Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih), Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Penawar lain perlu anda lihat warna hingus (keluar melalui hidung) atau kahak (keluar melalui mulut)
Jika jernih = badan sejuk = rawat dengan makanan panas seperti madu,buah delima atau habbatussauda.
Jika pekat, hijau atau kuning = badan panas = rawat dengan makanan sejuk seperti barli, air kelapa , air asam jawa atau kembang semangkok.

TEKNIK RAWATAN:

1. STEAM dan PERCUSSION.

Kedua-dua teknik ini paling penting untuk anda lakukan untuk melonggarkan paru-paru dan mengeluarkan kahak. Susah atau senang, anda perlu cuba lakukan secara rutin paling kurang 2 kali sehari. Teknik ini juga mengambil masa untuk pesakit sembuh kerana tidak menggunakan ubatan yang mengandungi dadah. Fungsi teknik ini sama dengan fungsi salbutalmol.

Cara rujuk : http://shehanzstudio.blogspot.com/2011/10/anak2-flu-batuk-ada-bagusnya.html?m=1
*jika sukar, boleh pasang shower water heater dalam toilet, penuhkan toilet dgn wap , bawa masuk anak bila wap sudah banyak. iatkan beberapa minit anak di dalam toilet (dudukkan dia dalam besen mandian bersama mainan nya supaya anak diam)
*jika susah juga, ambil tutup periuk nasi yg baru masak, wapkan ke muka anak dgn cara selubungkan kepala dgn tuala (buka muka sikitlah)
Semua cara ini, biarkan saja jika anak menangis, itu sangat bagus membantu melonggarkan paru-parunya.

Terapi untuk yang lebih dewasa boleh rujuk :
http://www.cff.org/UploadedFiles/treatments/Therapies/Respiratory/PosturalDrainage/An-Introduction-to-Postural-Drainage-and-Pecussion-03-2012.pdf

2. NETI POT:

Atau cara lain ialah dengan cara mengeluarkan hingus menggunakan Neti Pot rujukhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152043164688797&set=oa.245724245556461&type=1&src=https%3A%2F%2Fm.ak.fbcdn.net%2Fsphotos-d.ak%2Fhphotos-ak-ash4%2F311183_10152043164688797_702197850_n.jpg&size=350%2C270

Info natural remedies lain : http://www.nourishingmeals.com/2012/11/natural-home-remedies-for-cold-and-flu.html?m=1

KESIMPULAN PERBINCANGAN PADA POSTING YANG LEPAS:

Info lainnya saya kumpulkan maklumat daripada perbincangan di posting ini https://www.facebook.com/groups/kesihatanbaby/permalink/248205395308346/

UBAT MODEN:

Ubatan moden digunakan jika kesemua cara rawatan semulajadi tidak membantu.

Bagi kanak2 bawah 2 tahun, jika masalah batuk kahak teruk, salbutamol samada inhaler atau neb. Selamat digunakan atas nasihat doktor. Nebulizer juga jika dirumah boleh guna saline shj untuk cairkan kahak. Ubat batuk antihistamin, cair kahak mcm bromhexine perlu dielakkan 2 tahun kebawah atau lebih baik 6 tahun ke bawah (anak sy dah 6 tahun pun sy tak bagi antihistamin nih sbb br tahu hembus keluar hingus umur 6 thn..so kira bagus la gak kan) - cara yg lebih baik cairkan kahak adalah steam. Prednisolone pula mengandungi steroid, jadi sangat2 perlu dielakkan kecuali dlm keadaan benar2 'terpaksa' atas nasihat doktor pakar.

IMUN SISTEM:

Ummu Yusoff: main focus, mcmn cara nk tingkatkan kekuatan sistem pertahanan bayi.. try not to give medicine cepat sangat if cuma batuk n selsema biasa..Ummu Yusoff Ianya tidak secepat dan semudah yang saya cakap, puan. Asthma dan immune system adalah proses yang complex.. Genetic adalah sebahagian darinya.. Cuma 50% yang bermasalah dengan wheezing dan kahak akhirnya being diagnosed as asthma, dan pengaruh environment banyak mempengaruhinya.. Kalau anak puan diberi vaksin, up to date, maka lebih banyak kerosakan pada DNA anak puan, dan ini membuatkan masalah asthma jadi lebih complicated, dan sukar disembuhkan sebab DNA nya yang dah terjejas.. Kena slowly detox untuk cell dan DNA repair.. lebih info di bilik rawatan satu lagi, dengan k.farah 

NOTE| Jika sistem imun benar-benar rendah..boleh..search button atau rujuk album tentang supplement olivenol dan probiotik . Eficias juga salah satu supplement untuk pesakit asma (2 tahun ke atas)..setiap supplement itu ada fungsi2 tersendiri...gali di search button atau photo n file ya..jaga pemakanan anak juga insyaAllah sistem imun dia akan bertambah baik...tapi ingat, natural ways ni bukan blh drastik perubahannya..ada yg cepat, ada lambat makan tahun..tapi percayalah..dalam pada lambat baik, anak kita tak nampak mcm orang sakit sbb tidak ada banyak dadah dlm tubuhnya dan insyaAllah otaknya sgt cerdas jika kena caranya..bila semakin besar..dia jarang sakit..


Credit to : Group Laman kesihatan Ibu Dan Anak



harap nak aku cepat lah sembuh ya sayang



Anak tak pandai kunyah



Sememangnya aku memang buntu apa lagi yang perlu aku masak tuk anak aku yang berusia hampir setahun!!!...wooo napa lah anak ibu ni belum pandai kunyah lagi yek..


kadang- kadang kesian jugak dia tengok kita makan buah dia pun nak juga tapi bila dia gigit je sekali terus campak buah tu dan yang dalam mulut tu kemam macam tu aje..


dah macam-macam ibu buatkan..biskut,nugget,kentang,labu bakar,muffin,kek,cupcake,buah potong sumernyer reject...macam muffin,cake tu semua jenis yang lembut so dia terima jugak lah sikit-sikit2 walaupun lambat nak menuggu...

kalu ibu yang suapkan xpe ibu boleh sabar menunggu tapi kat umah bs??? camne tu sayang...
bila balik ambil haziq je bs cakap anak xnak makan,makan sikit pastu dia campak kat lantai
aduihai anak kenapa jadi macam ni yek?? gigi dah ada 4 batang atas dan 2 batang bawah...

lagi 4 batang aku ada nampak macam nak tumbuh lagi atas 2 bawah 2...kira dah banyak tu kan...
bubur pun mesti kene blend halus.kalu kasar dia main telan je haa mula lak tercekik.uwek uwek muntak keluarkan balik...

pernah cuba buat pasta but dia reject so terkeja2 aku g blend halus pun dia reject aku pun blend lg halus sehalusnya..capek deh macam ini...
dia tetap makan apa yang aku masak but STILL BLEND lagi...huhuhuhuhuhuh

Walau apa pun aku masih lagi berusaha untuk ajar haziq untuk mengunyah... 

Friday 11 January 2013


Pantang larang makan vitamin Shaklee


Ramai yang suka komplen kata vitamin ni tak sesuai dengannya. Tak bestlah. Tak serasilah. Sebenarnya vitamin semulajadi insyaAllah mudah serasi dah tiada masalah untuk sesiapa saja. Vitamin pilihan yang semulajadi adalah lebih baik daya serapannya. Memang ia mengambil masa kerana perlu memperbaiki dari dalaman dahulu. Oleh kerana itu jugalah, fullpack selalu didatangkan untuk tempoh 4 bulan demi memastikan pengguna menggunakan sesuatu jenis vitamin secara berterusan untuk kesan yang optimum.

Sebelum inia saya akan mencadangkan kepada pengguna untuk ambil vitamin pada pada waktu malam atau selepas makan malam kerana nutrien lebih mudah menyerap pada pada waktu tidur kerana badan sedang berehat. Namun, kalau kita boleh berdisplin, sesetengah vitamin lebih sesuai di makan pada waktu-waktu berbeza. Jangan lupa untuk mengambil air kosong mengikut berat indivitu itu demi mengelakkan healing crisis dan melancarkan proses pemulihan. Untuk info, setiap 25kg manusia, memerlukan 1L air. Bagi yang mengambil vitamin dan ibu menyusu, keperluan air adalah lebih lagi.
                                                     

Semasa mengamalkan pelbagai jenis vitamin, TIDAK DIGALAKKAN!!


Alfafa VS Vitamin E
  • Mengambil ALFALFA bersama-sama VITAMIN E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
Iron VS Ostematrik
  • Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi ke dalam VITALEA Shaklee. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.
  • Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.


                                               

YANG DIGALAKKAN pula adalah
  • VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
  • VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak
  • Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
  • Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang berjalan lancar dan membuahkan hasil, sila teruskan. Namun jika tidak memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walaubagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita. Boleh try and error mana yang sesuai dengan tubuh masing-masing.

credit kak Ayu

Thursday 10 January 2013


Susu Merudum

Bercerita tentang production susuku..huhuhuh teramatlah sedih bulab 9 punya lah meriah tapi bila masuk bulan 10 makin lama makin drop sikit demi sikit dan akhirnya 22.11.2012 cik P pun datang menjengah buat pertama kalinya...dari dapat 5-6-7 oz dapat lah 4 oz persesi pumping tapi xmengapa masih cukup lagi buat anakku walaupun ngam2....setiap hari dapat 16 oz





Ha...hok yang ni pulak lain ceritanya bulan 12 cik p x datang...ha mulalah hati saya risau bukan apa takut dalm perut ni ada isi je hehehehe...tapi yang pelik nye makin lame makin kurang,saya pun hairan xpernah skip pumping kat ofis masih buat 3 kali...so saya up kan jadi 4 sesi pump kat ofis..wah macam xde kerja lain kan asik mengepam je kerjanya...ni lah hasilnya pada saya sama aja tiada penambahan..huhuhuhu...tapi x mengapa masih mampu perolehi 16 oz setiap hari...




Start masuk je bulan 1 susu ku lagi degil nak keluar waaa macam nak nangis pun ada wooo...stresss mak...pukul 10 biasa saya akan dapat  4oz ni 3 oz aje petang x usah cakap lah memang saya akan dapat sikit...wah memang x cukup bekalan Haziq,terpaksa pakai stok yang ada dalam peti sejuk tu...



Erm ni lah dugaan bf mom kan...pasang surut mesti ada...akan saya usahakan supaya production susu ku back to normal semula...

Ya Allah permudahka lah urusan kehidupanku,banyakkan lah susuku untuk bayiku dan permudahkan lah perjalananku menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah engkau syariatkan...
Amin...........


Uih termenung apa tu sayang..

Semoga anakku Mohammad Haziq Irsyad mendapat khasiat sepenuhnya dari air susu ibu yang mengalir didalam tubuhnya...semoga jadi anak yang soleh,taat,beriman,dan bertaqwa...semoga anak ibu jadi anak yang bijak pandai serta cerdik...Amin...






Masaalah Keputihan


Hai semua,dah lama x jenguk blog hihihihi...oleh kerana sibuk yang amat dan dalam proses pindah rumah memang x menang tangan dibuatnya...dengan melayan kerenah my hero tu..adui lincah betul dia sekarang ni...Disini saya nak berkongsi cerita tentang masalah keputihan yang saya alami...
Dengan segala hormatnya saya telah berjumpa dengan doctor dan menceritakan masalah keputihan dan kegatalan yang dialami baru-baru ni..so doc suggestkan ubat ni selamat untuk bf mom macam saya ni..



Dengan rasa gembiranya setelah pulang kerumah saya check setiap ubat yang diberi
1) Candazole V ubat masuk kedalam faraj selama 3 hari - so dalam masa 3 hari jangan bersama suami yek
2) Biozole - sebiji sahaja iaitu ubat anti fugus kira macam antibiotik lah
3) Ubat gatal

but...saya hanya mengunakan ubat yang masuk dalam faraj sahaja kerana ubay makan tu memang saya takut nak telan sebab takut efek kat Haziq...

So sesiapa mengalami keputihan cepat2 lah jumpa doctor jangan sampai dah teruk nanti menyesal..hhuhuhu
Disampimg itu juga saya ada amalkan petua tradisional

Disini terdapat 2 cara tradisional untuk mengatasi masaalah keputihan wanita yang dapat di praktikkan selain dari murah ianya terjamin tiada bahan kimia kerana penggunaan herba yang terdapat di sekeliling kita sahaja.
Cara pertama : Merawat keputihan menggunakan daun Pegaga


                                     


  1. Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
  2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.
  3. Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.
  4. Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.
  5. Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.
  6. Minum air tersebut 2 kali sehari.
  7. Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.
Cara kedua : Merawat dengan kaedah daun sireh

                                            
  1. Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.
  2. Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
  3. Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
  4. Tapislah air tersbut.
  5. Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
  6. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
  7. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami
Apa itu keputihan ? 

Pengeluaran cairan berlebihan seperti keputihan sebenarnya bukan salah satu penyakit hanya gejala dari cairan rahim, dalam keadaan sehat dan bisa juga normal
Lendir ini diproduksi secara alami dari leher rahim, saluran indung telur atau kelenjar lainnya
Adanya kotoran pada vagina bervariasi selama dalam siklus menstruasi (warna coklat biasanya akhir dari mens) dan sebagian besar wanita hamil juga berlebihan cairan keputihan.
Keputihan bukan gejala penyakit bila dalam keadaan sehat, tidak berbau dan warna bisa bening dan putih. Keadaan menjadi basah yang membuat tidak nyaman, bila tidak ada rasa gatal atau nyeri, maka bisa , dikatakan sehat..

Bagaimana membedakan keputihan yang normal dengan abnormal?
Setiap perubahan mendadak dengan pengelauran cairan, maka harus hati-hati bila terjadi infeksi pada vagina Perhatikan secara seksama sepanjang siklus bulanan, apa ada kelainan yang tidak normal dari biasanya..
  • Cairan mengandung nanah,kental putih sampai kehijauan.
  • Bau tidak enak seperti bau busuk
  • Pengeluaran cairan terlalu banyak
  • Bengkak dan gatal , nyeri panggul atau perut
  • Pengeluaran darah diluar menstruasi
Bila ada tanda seperti yang disebutkan , alangkah baiknya bila segera memeriksakan diri. Agar bisa diadakan pengobatan .
 Penyebab keluar cairan abnormal
Ada banyak penyebab dari keputihan yang abnormal, tetapi biasanya sebagai tanda infeksi. Infeksi ini sering disebabkan oleh sesuatu yang mengganggu keseimbangan alami dari bakteri atau jamur pada vagina, seperti mencuci bagian dalam vagina, atau tertular dari hubungan seksual.
Penyebab yang sering dialami dari:
  • Penyakit kotor, infeksi jamur  yang menyebabkan cairan
  • Bakteri vaginosis – infeksi bakteri pada vagina
  • Trikomoniasis – infeksi menular seksual (IMS) ada sejeni s parasit yang menyebabkan gatal dan panas.
  • Gonore atau klamidia – IMS disebabkan oleh bakteri
  • Herpes genital – IMS yang disebabkan oleh virus herpes simpleks
Keputihan dengan rasa gatal
Bila cairan sedikit dan encer atau kental dan putih dan adanya kotoran seperti keju berwarna putih,ini sejenis infeksi parasit  . Infeksi jamur menyebabkan gatal  dan panas disertai nyeri di sekitar vagina Carilah penyebab pengeluaran cairan itu.
Hampir semua wanita pernah mengalami masalah jamur , tapi ini bukan penularan dari hubungan seksual. Hal ini mudah diobati dengan obat antijamur , yang dapat dibeli tanpa resep diapotik

Kelebihan cairan Putih dan berbau amis
Jika keputihan berwarna abu-abu atau mengeluarkan bau amis yang kuat, terutama setelah hubungan seksual, maka bisa ada jenis vaginosis bakteri (BV). BV adalah ketidak seimbangan dalam bakteri normal yang ditemukan di vagina. Tidak menyebabkan gatal atau luka .Seperti jamur, BV bukan penularan dari seksual. Hal ini mudah diobati dengan antibiotik .

Kelebihan cairan Hijau , kuning atau berbusa
Trikomoniasis adalah PMS yang disebabkan oleh parasit kecil. Akibatnya pengeluarancairan putih dan perandangan kronis , dengan rasa gatal dan panas  terjadi busa, kuning atau hijau. Infeksi bertahan karena peradangan membuat bau amis . Infeksi ini mempergaruhi leher rahim dan selaput liang vagina. Trikomoniasis mudah diobati dengan antibiotik disebut metronidazol ,

 Cairan Abnormal rasa nyeri dan perdarahan
Cairan keputihan adalah abnormal dan terjadi rasa sakit di panggul atau ketika buang air kecil, atau berdarah antara waktu atau setelah berhubungan seks, kemungkinan jenis klamidia atau gonore (baik IMS). Gonore penyakit kotor yang mempunyai cairan berwarna hijau, terasa sakit dan panas sewaktu buang air kecil dan pengeluaran nanah yang banyak. Pendarahan terjadi bila berhubungan seksual
Bila ada gejala maka perlu cepat mengadakan pengobatan. Agar tidak menyebar sampai ke panggul.Infeksi ini bisa menyebar kedalam rahim dan saluran indung telur dan terus kerongga  perut  sampai timbul radang diselaput rongga perut..

 Cairan Abnormal adanya lecet di sekitar alat kelamin
Herpes genital  penyakit ini menimbulkan rasa sakit menyebabkan nyeri, lecet atau luka merah disekitar alat kelamin , serta keputihan abnormal. Luka-luka dapat disembuhkan dalam 3 sampai 6 minggu. Dan akan timbul kembali. Tidak ada obat mujarab ,karena pengobatan hanya menghilangkan gejala.

 Keputihan Pada wanita muda dan wanita pasca-menopause
Keputihan pada wanita muda , abnormal sebelum masa pubertas. Bila terjadi keputihan, maka terjadi masalah pada bagian kemaluan. Karena kurang kebersihan atau memakai pembalut yang jadi penyebabnya
Keluar cairan yang abnormal juga tidak biasa pada wanita yang lebih tua. Jika masa menopause dan tiba-tiba timbul keputihan yang abnormal, dokter akan memeriksa karena bisa menyebabkan adanya penyakit kanker serviks atau kanker endometrium .