Saturday, 15 June 2013

Nasi jagung dan sup ayam sayur campur

Erm..rasanya dah lama x update tentang makanan haziq ni kan...almaklumlah sibuk je..kalau ada masa tu hari sabtu baru dapat update...banyak sebenarnya reseoi yang tersimpan..lepastu dah lupa nak update hehehe

Ok cerita pasal makan ni..haziq start 16 month dah xnak makan bubur blend dah..nak makan nasi lembik dan nasi biasa..ira tukar2 lah..kadang bekalkan nasi lembik kadang bekalkan nasi biasa..


So ni hari sabtu ira sepatutnya cuti tapi memandangkan nak pergi kelas marmet dekat p.gudang so terpaksa juga lah hantar haziq ke rumah pengasuh...Jadi ira buatkan haziq nasi jagung


Resepi Nasi Jagung

Bahan-bahan:-

1 1/2 cup beras (cup rice cooker)
Jagung blend
Unsalted butter
1 helai daun pandan
1/2 cwn susu segar
bawang holland didadu
1 inci halia, dihiris
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang serai, dititik
Air secukupnya

Cara - cara :-


1. Cairkan butter, tumis halia hiris, bawang besar, serai, 1 helai daun pandan dan kayu manis & bunga lawang
2. Masukkan jagung, kacau rata dan tambah beras. Goreng beras dengan bahan2 tadi selama 2 minit sambil dikacau. 
3. Tuang susu & air kacau rata dan masak seperti biasa.


*if nak buat nasi lembik lebihkan air ye*

Resepi Sup Ayam sayur campur

Bawang merah + putih blend kan..kemudian tumiskan dan masukkan rempah 4 beradik...
bila nak wangi masukkan air secukupnya dan masukkan ayam dipotong dadu reneh 10 minit
kemudian masukkan sayur pilihan.. ira masukkan sayur brokoli dan lobak

Siap...



Pengunjung Blog

No comments: