Sunday 21 April 2013

Chicken and Vegetable  Nuggets 



Nugget yang berkhasiat dapat makan ayam dapat makan sayur sekali hohohohoho...masa haziq tengah tidur petang...manfaatkan masa yang ada...



Bahan-bahan :-
 isi ayam belender (guna dada ayam)


Rebuskan sayur brokoli dan cauliflower sekejap 
nak guna sayur lain pun boleh like lobak ke pun boleh
ni bun blend juga bersama isi ayam tadi
kemudian campur dalam 2 sudu besar tepung atta



uli sampai jadi doh then tekap kan
gaulkan denga bread crumbs atau serbuk roti homemade pun boleh

ni kali kedua buat nuggets wink wink


Siapppp

Pumpkim Dates Biscuits



Dah lama rasa x buat biskut untuk untuk haziq kan...alalala cian nya anak ibu ni... (Ala-ala manja gituw)
hehehehe..so walaupun wekend ni agak sibuk so terpaksa lah besengkang mata juga untuk siap kan biskut ni 



Bahan -bahan:
1 ) Ayak tepung jagung dan atta dulu


2 )Puree labu + kurma
ira buat fresh sebab xbuat stok dah untuk hero tu 



3 ) Pukul unsalted butter bersama telur sampai gebus
4 ) masukkan cream cheese sesudu then pukul lagi
5 ) kemudian masukakkan puree labu dan kurma
6 ) dah sebati masukkan tepung atta diikuti teoung jagung
uli sampai jadi doh


7) so tekap lah dengan apa- apa acuan yang anda suka :-)
8 ) bakar lah dalam 20 minit


jeng jeng jeng dah siap

  jom tengok aksi-aksi haziq masa makan biskut ni


nyummy.........


rehat jap amik nafas hahahaha


yo yo yo sambung ngap lagi....

Seronok tengok aksi dan kerenah anak kan....Abaikan lah apa yang beselerak kat belakang tu ye...sesungguhnya haziq ni jamat ah jeles bila maian dia dikemaskan...mesti dia punggah balik....
jadilah rumah tongkang pecah...huwaaaaaaaa

Thursday 18 April 2013

Sweet Potato Baked

Sweet potato baked


Fingger food haziq merangkap sarapan harini....sweet potato ni rasa lemak2 manis like labu...


potong bentuk yang senang dipegang

cincang bawang putih kemudian tumiskan dengan olive oil
goreng sampai naik bau dan tutup api
gaulkan dengan sweet potato yang dipotong tadi
masukkan dalam aluminium baking tu 
taburkan italian herbs atas nya


ni rupa italian herbs
gulungkan kertas aluminium tu
then masuk dalam oven
bakar dalam 20 minit
siap


resepi yang simple dan cepat

dah kering idea dal x tahu nak buat apa lagi untuk hero ku yang lasak tu hehehehe.............................








Wednesday 17 April 2013

Sunnah Food & Natural supplement





Olivenol Plus

Jus ekstrak buah zaitun. 
1ml sama dengan 4-6 oz polyphenol antioxidants minyak zaitun yang extra virgin terbaik.
Di simpan dalam vegetable glycerin


ni ira bagi haziq minum 0.5ml je sehari...x masukkan dalam susu or food dia takut dia rasa xsedap nanti dengan makanan dia nanti dia xnak makan nak elakkan perkara tu terjadi so ira pakai yang pancit ubat tu

terus pancut masuk mulut dia..

hahaha memang berkerut lha muka dia memang ternyata xsedap kan....tapi nak buat macam mana olivenol plus ni boleh meningkatkan imunisasi dia..


Boleh dapatkan olivenol ni dekat farmasi ,oline pun ada harra sebenar RM 199.00 tapi ni masa beli tu ada offer so pakat dengan kawan2 kat group laman kesihatan share beli ni dapat harga RM 138.75 beza kan harga dia....


nanti ada rezeki lebih nak beli minyak habatussauda pulak :-)


Habatussauda serbuk





Ni pulak supplemet tuk ira..selain untuk kesihatan ianya membantu meningkatkan penghasilan susu ibu...ira masa sarapan buat milo so masuukan suku sudu dalam air..erk memang pahit lah kan tapi terpaksa telan jugak...bukan xada kapsul ada tapi ni murah sikit dan jimat hehehe beli ni dekat kedai jamu penjual tu bagi RM 20.00 dapat tahan 2 Bulan...jimat kan?????????


Khasiat Habbatus Sauda

Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India, . Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter. Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.

HADITH SAHIH TENTANG HABBADUS SAUDA’

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”

Riwayat Imam Bukhari.
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat 
ubat segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.
Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda :
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.
Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.

HABBATUS SAUDA’ DALAM PERUBATAN MODEN

“ Nigella sativa commonly known as love in the mist a beautiful Middle Eastern Herb with many use” Dr. Micheal Tierra. L.A.C, O.M.D. Pengarang buku Planetary HarbologyDalam Kanun Perubatan (The Canon of Medicine) Ibnu Sina (980-1037 Masihi) mengatakan bahawa “black cumin adalah bijirin yang sangat merangsang tenaga tubuh dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan, dan sistem pernafasan”.
Sementara itu Al-Biruni (973-1048 Masihi) menegaskan bahawa “black seed” berkemungkinan digunakan sebagai bijirin penuh berzat semasa kurun ke sepuluh dan kesebelas.
Selain itu kehebatan Habbatus Sauda’ turut diperakui oleh cendekiawan silam lainnya seperti Ibnu Qayyim dan Al Baghdadi , disamping ratusan ahli sains dan pakar perubatan moden memperakui keunggulannya. Sebahagian daripada mereka adalah Dr. Basil Ali (dari The College of Medicine at King Faisal University), Dr Haq (dari The Department of Biological and Medical Research Center in Riyadh, Saudi Arabia), Dr. Michael Tierra (Pengarang buku Planetary Herbology), Dr. Peter Schleicher (Immunologist dari Munich), Professor Dr. El-Dakhakny (Pharmacology Department of Medicine, Elexandria University, UAR Egypt), Dr. Nirmal Chakravarty, M.D, Dr. Badr-el-Din dan Dr. Mahfouz, Dr. Ahmed El-Qadi dan Dr. Usama Qandil.

Credit to Google





Tuesday 16 April 2013

Apam Pisang



Erm mentang - mentang lah pisang banyak..macam2 ira buat dengan pisang ni hahahaha...

di pagi hari sempat x sempat kene buat jugak sebab takut pisang terbuang mcm tu aje sayang kan membazier je nanti

Bahan- bahan :-

4 biji pisang
Tepung naik sendiri
sebiji telur
unsalted butter

Cara-cara :-

lenyekkan pisang
pukul unsalted butter bersama telur sampai kembang
masukkan pisang yang dilenyek
masukkan 1/2 cawan tepung

dah sebati masuk dalam bekas then kukus selama 20 minit...




 Tepung ni lah ira pakai



ha nampak kan netapa gebus merekahnya. hehehehe


Ira buat ni dapat lah 2 bekas tu,so 1 untuk haziq bekal 1 lagi untuk ibu dia bekal bawa p ofis....hehehehe




Sunday 14 April 2013

Dinner Company Husband

Ahad 14.04.2013 my husband punya company (Fueller Logistics Sdn Bhd) ada buat jamuan makan malan dekat hotel Amansari Seri Alam..

Majlis pukul 5.00pm-10.00pm.....so punya la excited pukul 4.50om dah samapi dah hahahaha...dewan masih kosong lagi...

Sempat jap ambil gambar...sesungguhnya ira dengan hubby amat suka berposing bagai ni...kejenya asik nak ambil gambar aje...


Panahan mata haziq





Ceh ceh...peace..macam sopan je kan


My happy Family


Haziq punya lah suka siap gelak-gelak lagi...caya lah anak ibu x takut pun...tarian naga datang dekat dengan haziq...siap sentuh lagi...hehehe



Ni lah hasil yang kami dapat..jadi lah kan daripada x ada...rise cooker 1L,beg sekolah,motor mainan....Alhamdulillah

Rice cooker dapat lucky draw , Motor dengan beg tu memang setiap pemandu dapat

sampai rumah nak dekat pukul 11.00 huh pengsan penat yang teramat...haziq dah terbongkang dalam kereta dalan perjalanan balik...



Saturday 13 April 2013

Enfamama Club


Hari jumaat lepas kot kalau x silap..dapat sample ni dari enfamam club..

bagus kan club ni ada je gift yang dia nak bagi

masuk ni dah 3 kali ira terima barang

first : sticker
second : keychain
third : sample susu enfagrow yang terbaru

tapi anak ira still fully bf lagi setakat ni so susu ni ira je lah yang minum hehehe

Tuesday 9 April 2013

Doa Penambat Dan Melembutkan Hati



Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati
Mengikut aturannya, bacalah:
Baca surah Al-Fatihah
Al Fatihah……………..
Baca Ayat di Bawah:
Lauanzalna hazal qurana (nama orang/diri)…………………..akhir
Baca ayat 1-5 Surah Taha
(di bawah hanya disertakan maksud – baca ayat asalnya tanpa tarjim)
1. Thaahaa.
2. Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4. Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5. (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.
Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”
“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”
Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
* di ruangan (nama)……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri.

Friday 5 April 2013

Teringin Makan Sup Tulang



Dah seminggu sup tulang ni berlegar kat kepala hahaha....

ira pun update status fb teringin nak makn sup tulang!!!

saja main2 katakan...

balik kerja hubby tanya esok kerja x...ira pun cakap x lah sabtu ni turn umie kerja...

JOM!!!

ira pun tanya jom nak pergi mana?
lah kata nak makan sup tulang

Yeayyyyy....hubby ku baca status ku di fb...

lepas magrib vrommm pergi kedai yang ada jual sup tulang
dekat je dengan taman mawar dekat dengan pengasuh yang jaga my hero ni

erm kira murah jugak kan kedai ni dan supnya sedap jugak cuma hubby cakap erm boleh lah...
xberapa sedap lah tu bagi dia hahahaha

tekak ira ni tekak selarong ajo...ape pun boleh keh keh keh

apa pun ENJOY...

Thanks so much my dear husband 

Thursday 4 April 2013


KEKALKAN HUBUNGAN CINTA SUAMI ISTERI



tips cinta suami isteri
TIPS CINTA SUAMI ISTERI
Mengekalkan hubungan cinta dalam rumahtangga tidak semudah mendirikannya. Saban tahun ribuan pasangan mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing, lantaran tiada kesefahaman dalam melayari bahtera perkahwinan.
Mengapa hal ini perlu terjadi? Sedangkan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta seharusnya dapat dilalui dengan bahagia sehingga ke akhir hayat. Apabila perceraian berlaku, ramai yang menunding jari ke arah para isteri.
Jadi, pada entri kali, Pakar Cinta ingin sekali mengemukakan 6 sifat utama yang paling disukai lelaki. Semoga dengan adanya ‘guidelines’ ini dalam diri seorang wanita, wanita itu akan jadi lebih berhati-hati.

1. Sikap Keibuan

Kekalkan sifat keibuan yang anda miliki. Ingat, itulah antara tanda salah satu sifat yang membuatkan suami anda jatuh cinta ketika di awal pertemuan. Wajah lembut itu mampu membuatkan jiwa lelaki tenang walaupun hakikatnya anda berdua sudah berusia.

2. Keanak-Anakan

Jangan anggap usia sebagai penghalang untuk anda sesekali berperangai seperti kebudak-budakan. Asalkan wajar dan tidak melampau. Wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3. Penuh Pengertian

Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Misalnya, jika suami anda melakukan kesilapan, elakkan mengeluar kata-kata kesat dan tuduhan.

4. Menghargai

Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga dan sangat mensyukuri kehadiran anda.

5. Menjaga Penampilan

Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.
Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.

6. Pandai Berbicara

Lelaki amat tertarik dengan wanita yang pandai berbicara dan boleh di ajak berbual. Biarpun topik yang dibualkan bukan kegemaran anda, tetapi anda harus bijak mendengar dan memberi respon kepada perbualannya.
Lelaki juga suka dengan wanita yang pandai bergurau dan menyelitkan jenaka dalam komunikasinya

Tuesday 2 April 2013

Tips Suami Isteri Bahagia



                                                           


Sesungguhnya dalam melayari bahtera hidup bersama pasangan, banyak perkara perlu dipelajari bagi mencari kematangan dan kebahagiaan.Ikuti beberapa tips ini :-

1) Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.
2) Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian,berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya.
3) Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi suami. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.
4) Anggap pasangan seperti diri sendiri.
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pon anda pergi, potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan bahagia.
5) Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap kerja-kerja rumah tanggunjawab isteri seratus peratus. Padahal dalam Islam, tidak ada hukum isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma,ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaiknya akan dijamin syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan.
6) Isteri juga manusia
Mereka ialah golongan wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
7) Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, memadai sekuntum bunga dan sekeping kad.
8) Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak,membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan anda masak. Tentu dia gembira dan tersenyum.
9) Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan.
10) Ciuman khas untuk isteri
Cuba tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isterinya