Monday, 17 February 2014

I'm becoming moms again!!!


Assalamualaikum semua..wah dah lama rasanya x menulis di blog..udah hampir usang kiranya...hihihi tapi ira cuba merajinkan diri semula menulis kisah kisah di blog..

Back to pada tajuk asal...YESS Alhamdulillah dengan izin Allah ira pregnant buat kali kedua..Haziq bakal jadi abang long..hihi..

BERTTC

Bahagia xterkira hati ini..ira start berttc dari hujung bulan disember 2013 ...so awal bulan Jan 2014 ira ada tanda2 awal mengandung sepeti kerap pening dan loya..dalam hati dah agak macam ada isi je perut ni.

 Jadi oleh kerana x sabar 2 hari sebelum due period (Rabu) 8 jan 2014 ira buat lah UPT yang stripe punya tu..tungu punya tunggu line naik tapi samar2..bila ambil gambar memang x nampak line nya..tapi serius ira memang nampak walupan ianya samar..rasa hati gembira sangat

Tapi tup tup pada hari Jumaat 10 Jan 2014 cik period pun menjengah.. Ya Allah kecewa hanya Allah yang tahu..nak di jadikan cerita ira rasa period kali ini berlainan sangat sakit macam senggugut..ira dah lama x senggugut sejak amalkan Qaseh Gold Adinda..sakit yang amat sangat..sekali ada terasa ada benda pluppp keluar dari miss V ..

So cepat2 ira pergi toilet seketul dara agak besar seakan2 tisu yang dibasah kan..hairan sangat..kenapa period kali ni keluar macam ni kan...lepas keluar seketul benda tu baru lah perut rasa lega sikit..fuhhhh...tarik nafas .........

Bertambah pelik period hanya datang 3 hari je lepas tu kering...ira rajin mengugel so ira pun gugel lah kan...so ira jumpa ini

Chemical pregnancy?

Chemical Pregnancy ni biasa berlaku... dalam 50% -60% kehamilan pertama akan mengalami keguguran di awal kehamilan....
Chemical Pregnancy ni juga berlaku cukup awal...dan memberi kesan yang sedikit kepada badan kita...
ramai yang menjangkakan itu adalah darah period yang datang dah delay atau tepat iku cycle kita...
dan biasanya darah yang keluar selalunya sedikit ataupun terlampau bayak dari kebiasaan...
dan kadang-kadang pendarahan diiringi dengan rasa cramp yang kuat, tetapi proses pemulihan agak cepat dari keguguran biasa...

ooh rupanya UPT line samar2 tu kemungkinan ira mengalami chemical pregnancy..baru tahu..tapi dah xde rezeki kan..xpe kita cuba lagi hihi...usaha doa dan tawakal pada Allah


Anugerah Allah buat kali ke 2

so planing untuk menimang cahaya mata menebal dihati..masa subur memang usaha sungguh2 sambil berdoa pada Allah..cylce day ira  ialah 35 hari so waktu subur ira ialah 28 Jan - 1 Feb 2014..ira ada juga buat BBT tapi x konsisten..lupa aje kerjanya so ira berpandukan calender kat FF je lah..ira last make love 31 Jan sebab 1-3 Feb ira pergi bercuti ke nilai plus hantar adik belajar di koleh Negeri..

Apa yang pasti 1-3 feb tu ira perasan lendir mucus keluar eggwhite..maksudnya masa ni lah telur matang kita keluar..tapi apakan daya x boleh nak laksanakan memandang kami bercuti bersama family besar..tapi apa yang ira pasti sperma suami boleh bertahan selama 72 jam dan telur isteri kurang dari 24 jam dia hidup..ira berdoa sperma suami akan kuat bertahan dalam tu sehingga bertemu dengan telur ovari.

Apa yang ira percaya Insayaallah kuasa Allah tiada tandingnya...punya ke tidaksabaran melanda diri..masa DPO ke 9 ira dah buat UPT..hasil negatif..wah kecewa padahal dah dah tahu xde pun simpton pregant pun yang ada hihi...

Berkat naluri yang tinggi ira buat UPT lagi hari DPO ke 13 hasil nya.......tadaaaa...tengok gambar dibawah


hasil nya samar tapi lebih jelas dari bulan lepas punya..ira nekad beli clear blue digital..hasilnya PREGNANT 2-3 WEEK!!! Ya Allah gembira x terkata akhirnya Allah bagi peluang buat kali kedua untuk saya mempunya zuriat lagi..Alhamdulillah Syuran Allah..ikut kiraan klinik ira dah hamil 6 minggu..

Suami???jangan kata lah suka sangat dia sampai x terkata hanya mampu melafazkan syukur dan memeluk ku tanda ia menghargaiku....



Buat teman teman yang masih berjuang dalam TTC ira doankan ada rezeki untuk kalian..Amin...







Wednesday, 5 February 2014

Aniversarry ke 3

Today adalah hari ulang tahun perkahwinan kami ke 3..Tiada kek dan sambutan kali ini...ada sebab nya hihi..hanya mampu imbas kenangan masa hari pernikahan kami..05.02.2011 (Sabtu)



abang...

ayang gembira jadi isteri abang

ayang gembira berada disisi abang

ayang gembira menjadi seorang ibu kepada anak kita..

tiada yang indah selain menjadi sebahagian dari hidup abang...

Semua ini kerana Allah

Semoga hubungan kita kekal hingga ke Syurga

ayang sayang abang sangat-sangat

.....................................
.............
...

Sunday, 2 February 2014

Haziq turn 2 Years Old

Anak ibu Muhammad Haziq Irsyad Masrihan dan 2 tahun ...02.02.2012 Selamat Ulang tahun yang kedua sayang....wah dah besar rupanya buah hati pengarang jantung ibu ni..hihihi..Syukur Allah beri kesempatan untuk membesarkan anak anugerah yang x ternilai ini..


gambar masa umur 20 bulan kat rumah Atok..basikal turun temurun hihi...dari kami adik beradik turun ke cucu pulak..punya lah cermat my moms simpan barang


Gambar 2 years tu fresh pepagi masa kat machap kami sekeluarga berhenti untuk sarapan sebelum meneruskan perjalanan ke melaka rumah sepupu seterusnya ke nilai untuk shopping dan seterunya ke kolej negeri,Cerdang hantar adik lelaki sulung masuk belajar disitu..

Semoga anak ibu Muhammad Haziq Irsyad Bin Masrihan jadi anak yang soleh,berakhlak mulia,hormat orang tua,bijak pandai,cerdik pintar insyallah..

Ibu harap dapat didik anak ibu ni jadi insan yang berguna.ibu dan ayah akan berusaha apa yang terbaik untuk kamu wahai anak..