Thursday 31 May 2012

Persediaan penyusuan

Persediaan yang paling utama ialah niat.. Niat nie mesti disemai sejak mengandungkan zuriat lagi.. Kiter niat bersungguh-sungguh nak menyusukan bayi..InsyaAllah sebaik sahaja bayi lahir, rezeki  susu untuk anak mesti ada.. Yang kedua ialah ilmu penyusuan..Ok  memang sebagai bakal ibu kiter mungkin akan rasa kurang faham istilah-istilah penyusuan di dalam buku, artikel, nota atau rujukan internet...tapi percayalah apabila kita banyak membaca secara tidak langsung ilmu itu akan kekal dalam ingatan kita... dan apabila kita telah melahirkan, teori yang melekat di dalam otak akan diaplikasikan untuk dipraktikkan dan pada masa proses praktikal itulah kita akan faham apa yang kita baca semasa mengandung...Itu adalah pengalaman saya...  saya tidak memerlukan masa yang lama untuk memahami kaedah penyimpanan susu ibu..dan stok Haziq sudah mula dikumpul selepas seminggu dilahirkan...Alhamdulillah...
Yang ketiga, bila ilmu dah ada bolehlah mula mengumpul alatan penyusuan. Mari saya senaraikan persediaan saya sendiri semasa mengandung sehingga kini...
 Buku Persediaan Untuk simpanan susu.. Beli online babysop.Mudah nak rujuk semasa dalam pantang.. Tak perlu la nak ber’online’ baru boleh buat rujukan.. Lagipun bukunya lengkap, mudah difahami, panduan beserta gambar, nipis dan mudah dibawa ke mana-mana.


Pam susu manual jenis  Avent..Pam ni saya beli melalui online Harga kat site nie Rm 159++. tp ni aku beli yang one set punya harga RM320.00.Memang ada pam yang lebih murah, tapi tak salahkan kita melabur untuk pengumpulan susu yang maksimum.. Kenkadang pam yang murah akan menyakitkan nipple kiter (mungkin luka).. atau susu malu nak keluar.. Ini adalah pengalaman yang dikutip daripada kawan2 sendiri..Jenis manual ni kiter kene gunakan tangan untuk proses pam..   Penat la sikit.. tapi pam ni senang nak dibersihkan..Sebab tak banyak komponen nak diselenggara.. Nipple pun tak sakit masa proses pam..So ikut la mama-mama nak pilih pam mana mengikut keserasian..  nak tahu pam mana serasi atau tak paham tentang pam yang diperkatakan..
Avent ni Berjaya aku grab..hahaha

Sterilizer.. Yang ni saya belum beli ..takde bajet lagi…huhuhu Alatan ini untuk membersihkan bekas susu bayi, pam susu, permainan bayi.. semualah yang sesuai untuk dibersihkan.. Rasanya tak rugi untuk beli sterilizer terutama untuk ibu berkerjaya.. Kenapa yer??? Sebab bila kiter sudah mula berkerjaya, ia akan menjimatkan masa untuk proses membersihkan peralatan bayi sebelum dibawa ke rumah pengasuh keesokan hari..Lagipun masa untuk proses pendidihan 8 minit jer... Kan dah jimat masa...
 
Bekas untuk simpanan susu.. Saya beli di site Mom’s Little One.... Bekas ni kecil dan cute jer... Kapasiti boleh muat sebanyak 2oz susu.. Memang kecil bekasnya sebab masa saya pam susunya tak berapa banyak.. .. Paling banyak pun 3oz.. Jadi saya beli bekas kecil dulu.. Sebab ia memotivasikan diri sendiri untuk mengumpul susu dengan lebih banyak dan kiter akan berasa senang hati bila tengok bekas susu tu penuh... Takpe, beli dulu bekas kecil, nanti bila susu dah makin banyak beli la bekas besar.. Ada bekas besar gak 5oz rasanya... Bila stok dah banyak timbul pulak masalah tempat simpanan yang terhad.. So mama-mama belilah bekas plastik pulak.. Kapasiti 8oz... Terpulang lah pada mama yer...

Cooler bag + Ice pack.. Apa pulak fungsinya yer.. Ia adalah tempat simpanan sementara susu yang diperah.. Contohnya apabila kiter sudah mula berkerja, kita memerlukan ruang simpanan susu yang telah diperah... Susu ibu yang telah diperah hanya bertahan selama 4 jam pada suhu bilik..Jadi, untuk tahan lama kiter kene simpan dalam peti sejuk..Cooler bag + ice pack ni boleh menggantikan peti sejuk tadi... Tahan 16 jam ok.. Kiter keje 8 jam jerk kan.. So sebaik sahaja balik kerja, boleh lah keluarkan susu yang diperah tadi, dan simpan dalam peti sejuk.. Mudah bukan.. Banyak lagi kegunaan die..Tapi dengan contoh yang saya beri, saya harap mama-mama faham akan kepentingannya...
ice pack Autumnz

                                                          
                                                                     cooler bag Medela

 Itulah setakat ni peralatan penyusuan saya.. Yang kelima pula ialah praktikkan dan berfikiran positif.. Melalui pengalaman saya, sentiasa berfikiran positif iaitu sentiasa fikir susu itu ada untuk bayi kita.. Memang susu tidak semeriah lagi sama seperti semasa dalam pantang.. Tapi percayalah ia memang cukup untuk bayi kita.. Jangan fikir susu sudah kering, maka kena campur dengan susu formula.. Bila kita dah berfikiran negatif, maka begitulah yang akan jadi... Ingat Allah itu maha pemurah, susu ibu adalah hak zuriat kita...Dan ia memang mencukupi untuk zuriat kita sehingga 2 tahun.. Yang penting usaha mama-mama untuk makan makanan berzat untuk penghasilan susu yang konsisten... Sentiasa susui bayi kita dan sentiasa pam ... apabila permintaan susu sentiasa ada, maka kilang susu akan sentiasa beroperasi untuk menghasilkan susu...Walaupun kita pam tapi susu hanya sedikit jer keluar, jangan putus asa.... keep pumping sebab practice make perfect...Positif yer mama....InsyaAllah..

Tuesday 22 May 2012


Kepada ibu2 yang sudah tiba masanya untuk kembali bekerja,ape persediaan yg perlu ada lakukan?jom ikuti langkah2 berikut

 PERSEDIAAN UTK BAYI.

1,SUSU PERAHAN - cari puting yg yg sesuai yg seakan2 puting ibu. contoh yerk cam puting Avent nie.. Ira cadangkan cari puting anti kolic itu yg terbaik buat yg tersayang

 2, CONTOH JADUAL 
Day 1 to Day 3  Sehari sekali utk bayi minum guna puting
Day 4 to Day 6 Sehari dua kali utk bayi minum guna puting                                  
Day 7 to Day 9 Sehari tiga kali utk bayi minum guna puting

Biasa nya , utk permulaan bayi org lain yg kasi latihan kepada bayi utk minum susu perahan ibu. Ini disebabkan bayi kita biasa dengan bau ibunya dan akan 100% gerenti reject jika si ibu yg berikan  susu perahan.

Secara teratur, ibu2 boleh tingkatkan pengantian sesi penyusuan sehingga 3 ke 4 kali sehari. Bila pulang bekerja, susukan bayi ibu sejurus sahaja sampai di rumah.

3, ORANG YG JAGA BAYI 
  • Latih penjaga semua cara menyusu kan bayi dengan susu perahan, jika bayi refuse puting boleh jugak guna kaedah cawan atau sudu. Cara ini sebenar lagi bagus kerana tidak adalah masalh keliru puting di kemudian hari.
  • Beri masa utk pengasuh betul2 faham akan perkara seperti berikut CARA MENYIMPAN SUSU PERAHAN, CARA SEDIAKAN SUSU UTK BAYI, JGN BENARKAN PENGASUH BERI AIR SUAM KETIKA 6 BULAN KE BAWAH. 
4, KEPERLUAN DAN KEMUDAHAN
  • Tinggalkan bayi anda berdekatan dengan tempat berkerja.Ini kerana jikalau ade berlaku sebarang kejadian ibu boleh pulang menyusukan bayi atau penjaga datang kepada ibu membawa bayi tersebut utk disusukan..
  • Jika tempat keja anda ada pusat jagaan lagi hebat.

diharap penulisan ini dapat membantu ibu2 yg diluar sana.. HIDUP SUSU IBU hehehhehehehhe..

OH YA JGN LUPA LIKE PAGE IRA DI FACEBOOK OK!!!!! (Eira Nazhan)

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nazhearty@yahoo.com.my
Call/Whatsapp : 013-7381776


Ini adalah antara soalan yang popular yang ditanya oleh mereka yang baru mengenali Shaklee....

1. Adakah Shaklee ini Halal?
Jawapan:
Halal. 

2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?
Jawapan: 
Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan:
ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

4. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba?
Jawapan: 
Ianya sentiasa ada , di sediakan dengan harga yang berpatutan. Bagi pertama kali mencuba, adalah digalakkan membeli trial pack terlebih dahulu.


5. Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: 
Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba2 datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan  diri.). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.

6. Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya melalui trial pack. Boleh saya beli full pack dengan best price?
Jawapan: 
Boleh dan ianya lebih menjimatkan.


7. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.
Jawapan: 
Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.


8. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
Jawapan: 
Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

9. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana2 sales branch?
Jawapan: 
Boleh, hanya mesej saya di talian 013-7381776 untuk dapatkan ID Shaklee (859736).


10. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk2 dan asyik berjaga mahu menyusu.
Jawapan:
Ibu2 yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap(tidak berdiet kerana kawalan makanan akan menggangu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sdikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.

11. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung? 
Jawapan: 
Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.


12. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
Jawapan: 
Secara basic saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea, b complex, Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP iaitu soya protin kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran anak lebih lancar.

12. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?
Jawapan: 
Pengambilan B complex dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.

Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya.Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 meal sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah2an atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan.
 

ANDA XKENAL SHAKLEE.. MAKA ANDA XJATUH CINTA DENGANNYA..

1.Benarkah Shaklee ini berkesan untuk penyusuan?

2. Adakah ianya selamat, halal dan mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia?
 
3. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba dahulu?

4. Bolehkah saya membeli dengan harga ahli atau saya perlu jadi ahli untuk dapat harga ahli?



1. Benarkah Shaklee ini berkesan untuk penyusuan?
Alhamdulillah setakat ini ramai yang sangat berpuashati dengan Shaklee. Mereka bukan sekadar makan namun telah memperkenalkan ibu dengan ramai kenalan baru. Namun Shaklee akan lebih ketara kesannya jika perkara ini di lakukan dengan istiqamah iaitu :


1. Bayi disusukan sekerap mungkin atau sesi perahan yang sentiasa konsisten....jangan TIDAK PAM hanya kerana payudara tidak bengkak. Namun jika nak rasa payudara penuh dengan susu, amalkan makan alfalfa 6 biji sehari dan minum ESP bagi yang amalkan supplement. You can feel it! TETAPI KENA INGAT! Pastikan pam sehingga payudara kosong untuk mengelakkan BENGKAK SUSU atau clog duct.

2. Minum 3 L sehari. Cuba sediakan indicatorRamai customer yang mengadu susu pekat namun susu belum banyak....kalau tak minum banyak dan tak mengepam dengan konsisten...memang takkan nampak impak yang hebat.

3.Doa yang berterusan ukan sekadar dari niat dari hati atau tadah tangan semata-mata. Perlu ada amalan yang mendekatkan diri kita denganNya. Membaca Al Waqiah setiap malam, berzikir memuji kebesaranNya. Bersedekah dan berbuat baik sesama manusia di mana di samping itu membersihkan hati dari siap wasangka terhadap ALLAH. Bila ada wasangka itu lah kekadang membuatkan rezeki kita terbantut. Kita kena yakin dengan amalan kita dengan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA PEMBERI. Mintalah nescaya DIA memperkenankan.


2. Adakah ianya selamat, halal dan mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia?
Shaklee adalah selamat, vitamin asli tanpa pewarna, perasa tiruan, asli tanpa kehadiran silika gel. Halal dan diyakini serta punya kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. 


3. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba dahulu?
Trial pack sentiasa ada insyaALLAH selagi ada permintaan.  


4. Bolehkah saya membeli dengan harga ahli atau saya perlu jadi ahli untuk dapat harga ahli?
Kalian boleh membeli dengan harga ahli menggunakan ID 859736 dan tidak perlu menjadi ahli untuk mendapatkan harga ahli. Namun jika kalian berminat untuk berkongsi kebaikan Shaklee bersama keluarga , sanak saudara serta rakan taulan dan ingin mencari pendapatan sampingan, boleh emailkan kepada mama secara peribadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

KEPENTINGAN SETIAP VITAMIN DALAM SET B @ SET B1

Syukur alhamdulillah pada Allah atas kurniaNya kerana mengizinkan kita melihat wajah orang yang tersayang dan pagi yang indah ini. Ada beberapa customer sangat teruja setelah merasakan kebaikan Shaklee untuk penyusuan dan ingin berkongsi dengan rakan lain namun tidak tahu bagaimana nak menerangkan dengan lebih jelas.

1.Apakah set yang sesuai untuk ibu yang menyusu?
Set B 
2. Apakah yang ada dalam set B?
Multivitamin @ Vitalea, B complex, Vitamin C dan Alfalfa
3. Apakah fungsi atau kebaikan setiap vitamin bagi ibu yang menyusu?


a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
 Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.
Bagi yang berkemampuan, boleh menambah:
Energizing Soy Protein (ESP)
 
Ianya adalah protien dan protein sangat penting untuk pembentukan sel.ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol. ESp turut mengandungi kalsium yang turut menyumbangkan kepada pembentukan sel darah. Secara tidak langsung, di samping memberikan tenaga kepada ibu ia juga dapat memberikan rasa kenyang.....kesan baik kepada baby berat badan mudah naik terutama pada 6 bulan pertama kelahiran. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi setanding dengan harga yang kita bayar :). Ibu dah amalkan hampir 10 tahun ESP ni memang sangat berpuashati.
Bagi yang mengalami kemerunduman susu, boleh cuba ESP agar penghasilan susu lebih efektif dan mula nampak peningkatan. Ibu akan minum ESP 3-5 kali sehari apabila susu merosot. Memang cepat rasa susu penuh. Itu yang ibu sentiasa pastikan ESP sentiasa ada di rumah.
 

MACAMANA HENDAK MENAIKKAN PENGHASILAN SUSU YANG MERUNDUM....

JOM KITER BACA TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU NIE..HARAP2 DAPAT MEMBANTU KALIAN YANG DALAM SITUASI BERGINI... BERKONGSI KE ARAH KEBAIKAN...


Bagaimana bagi ibu yang bekerja ataupun exclusively pumping?


Mengepam dengan konsisten dan teknik yang betul  +  Pemakanan yang teratur dan seimbang  +   Air yang tidak kurang dari 2 liter sehari  + Supplement Keyakinan dan semangat yang berterusan + Gembira serta berfikiran positif = Menghasilkan susu dengan jayanya.

Mengepam dengan konsisten dan teknik yang betul.
Ini membantu stimulasi sentiasa berlangsung dan penghasilan susu yang berterusan akan berlaku. Konsisten bermaksud sentiasa melakukan sesuatu itu dengan istiqamah...biar sedikit tetapi perlu berterusan. Teknik yang betul pula dikaitkan dengan memastikan si ibu itu mengepam dan memastikan sehingga payudara benar-benar kosong. Adakah jenis pam mempengaruhi penghasilan susu? Ada pendapat mengatakan pam yang memberi rasa keselesaan pada si ibu membantu menghasilkan susu dengan lebih baik. Ini kerana pam yang selesa tidak akan membuatkan si ibu rasa sakit semasa sesi mengepam dan ini akan melancarkan pengaliran susuibu dengan mood yang tenang dan gembira. Pam tidak semestinya berharga mahal ...memadai memberi keselesaan pada si ibu.

Pemakanan yang teratur dan seimbang.
Sangat penting bagi ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu memastikan pengambilan makanan yang teratur dan seimbang. Bermaksud si ibu tidak boleh sama sekali skip daily meal. Daily meal perlulah mengandungi lengkap semua keperluan vitamin demi memastikan susu yang dihasilkan penuh dengan nutrisi yang seimbang. Ada ibu2 yang mempunyai perasaan takut akan gemuk jika makan sedangkan proses penghasilan susuibu itu sendiri membantu pembakaran kalori dari tubuh ibu.

Air yang tidak kurang dari 2 liter sehari  
Pengambilan air sangat membantu penghasilan susu dengan baik. Namun masih terdapat ibu2 yang bekerjaya yang malas untuk menggantikan air dalam tubuh mereka atas alasan malas untuk ke tandas. Badan ibu akan mudah kekeringan (dehydrate) apabila terlalu terdedah dengan matahari (terutama mereka yang kerja luar dan terdedah kepada panas) serta mereka yang terlalu terdedah kepada kesejukan. Berapa banyak air yang perlu diminum? Bergantung kepada badan si ibu dan yang pasti minima ialah 2 liter.

Supplement
Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa si ibu tidak perlu mengamalkan pemakanan tambahan untuk menjayakan penyusuan. Ini adalah benar bagi mereka yang mempunyai pengambilan makanan yang teratur dan seimbang dari semua zat pemakanan yang perlu. Jika kita boleh pastikan makanan harian kita mengandungi 500mg vit C , kalsium dan magnesium, segala zat dalam multivitamin dan healthy life style...maka golongan ini tidak memerlukan vitamin. Namun jika anda adalah seorang yang bekerja dan pengambilan makanan anda tidak dapat memenuhi keperluan badan anda, supplement sangat digalakkan.
Supplement hanyalah untuk mengisi ruang kekosongan di dalam badan anda yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian. Jika si ibu adalah berbadan besar tidak bermakna si ibu itu sihat. Some goes to thin mother. Supplement asas yang perlu untuk badan si ibu sustained dan sihat ialah : multivitamin, b complex , vitamin C dan protin . Pengambilan protin boleh digantikan dengan alfalfa kerana kandungan alfalfa turut mempunyai protin namun pada kuantiti yang minima. Pengambilan supplement memerlukan pengambilan air yang selari agar ianya dapat diserap oleh seluruh tubuh dengan baik sekali.

Keyakinan dan semangat yang berterusan
Pembacaan yang banyak dan ilmu yang luas dapat membantu si ibu terus berkeyakinan dan semangat berterusan. Berkawan dengan ibu yang turut menyusukan anak juga menjadi pemangkin untuk si ibu terus bersemangat untuk menyusukan anaknya. Banyakkan berzikir kerana ini antara yang dapat menghidupkan rohani dan secara langsung kita dijauhkan dengan sifat malas atau mengalah.

Gembira serta berfikiran positif 
Jika si ibu itu memastikan pengambilan makanannya mengandungi cukup vitamin B atau lengkap dengan semua vitamin B , insyaAllah si ibu itu akan sentiasa gembira dan berfikiran positif. Ada kajian yang mendapati ibu yang mudah mengalah, cepat marah, mudah mengamuk, sensitif dan mudah penat dan sakit adalah mereka yang KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX di dalam tubuh mereka.  B complex tidak akan menggemukkan sebaliknya ia membantu si ibu itu maintain dan lebih nampak cantik serta berseri.


Akhir kata; berkawanlah dengan mereka yang menyusukan anak kerana ini membantu menaikkan semangat si ibu untuk terus menyusu. Abaikan mereka yang cuba merosakkan keyakinan anda untuk terus berjaya dalam penyusuan. Jangan mengalah...lalui semua cabaran dengan tenang kerana pahala yang banyak tersedia untuk ibu yang terus sabar dan berusaha untuk berjaya 

TRIAL PACK SET D: SKIN CARE
Ada orang dan rakan2 mama yang bertanya kepada mama.. ada x vitamin yang lain selain daripada untuk ibu mengandung dan menyusuankan anak???????????? .. jawapan mama ada ..antara yerk yerk SET D nie.. ia yerk bagus utk kesihatan kulit dan pada masa yang sama.. membantu memberikankan kecergasan dan tenaga kepada tubuh badan kita.... kepada yang ingin memcuba SET D nie..anda boleh membaca secara keseluruhan dibawah..
Bagi yang hendak merasakan perbezaan vitamin Shaklee, boleh dapatkan set percubaan iaitu trial pack set D yang mengandungi

TRIAL PACKS (SETD) RM80
30 's B complex
30 's Vitamin C
30 's Vitamin E

B complex
Mengapa perlunya b complex?

- menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga
- meningkatkan fokus dan tumpuan berfikir
- mengelakkan penyakit beri2 akibat kekurangan vitamin B
- menggalakkan pertumbuhan
- penting untuk sistem saraf
- anti stress dan tekanan
- meningkatkan antibodi tubuh
- penting untuk sintesis dan aktiviti sel
- diperlukan untuk penghasilan hemoglobin (sel darah merah)
- mencegah anemia
- memberikan tenaga
- penting untuk metabolisma lemak,protin dan karbohidrat
- amat2 penting untuk pengidap kencing manis/diabetes untuk membantu
penukaran gula kepada tenaga
- mengelakkan kecacatan pada bayi dalam kandungan (terutama spina bifida)
- mengurangkan kolesterol
- meningkatkan selera makan

B complex juga sering dikaitkan dengan kegemukkan. Namun, setelah mencubanya sendiri dan hasil dari pembacaan, saya dapati B Complex tidak menggemukkan.

Salah satu fungsi B-Complex yang kita kena tahu ialah menukarkan gula (makanan) menjadi tenaga (energy). Sekiranya kita tidak bergerak banyak, maklumlah duk dalam pejabat je kan, tenaga ini akan menghasilkan tenaga haba (ingat tak belajar fizik dulu, tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi akan bertukar dari satu bentuk tenaga lain ke bentuk yang lain). Jadi tenaga kinetik yang tidak digunakan ni (maklumlah duduk diam2 je) akan ditukar kepada tenaga haba, lalu menjadikan badan kita panas dan berpeluh.

Vitamin B-complex juga melancarkan pengedaran oksigen ke seluruh tubuh, lalu menstabilkan hormon, sekaligus membaik pulih sistem pencernaan kita. Bila sistem pencernaan kita lancar, kita akan cepat rasa lapar. Ia juga mengandungi niasin yang membantu menaikkan selera makan. Akan tetapi seperti yang saya katakan tadi, B complex berfungsi menukarkan makanan menjadi tenaga, jadi kita takkan obes walaupun makan banyak kerana makanan tu tak tersimpan macam tu je.. tapi berpada2 lah. Makan ikut keperluan, bukan ikut nafsu. Kalau main hantam saja, makanla vitamin apa pun kan?

Ibu mengandung dan menyusu amat2 lah di'tuntut' untuk mengambil B complex. Selain dari ia mengandungi asid folik, B complex yang boleh mengalir ke dalam susu badan ini juga membantu anak2 yang menyusu menambahkan daya fokus mereka, kerana pengaliran oksigen dalam badan mereka disokong dengan pengambilan B-complex oleh ibu.

Bagi mereka yang sering berhadapan dengan tekanan, B-complex adalah penyelesaian terbaik, kerana selain dari melancarkan pengaliran oksigen, ia juga membantu merendahkan kadar asid amino di dalam darah yang boleh menyebabkan perasaan gementar dan tertekan.


Vitamin C
Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?

Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.

Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

Dr Norman Mohd Norawi dalam artikelnya menyenaraikan beberapa kesan sampingan dari pengambilan vitamin C pada dos yang tinggi.

Diarrhoea – hanya jika dos terlalu tinggi diambil melalui mulut

Suntikan – sakit dan pedih pada tempat suntikan jika disuntik tidak dalam saluran

Namun, beliau menegaskan, secara amnya vitamin C yang diambil tidak memberi kesan sampingan yang buruk walaupun pada dos yang tinggi, malahan terdapat banyak kajian yang dijalankan oleh para saintis yang menunjukkan vitamin c pada dos yang lebih tinggi tidak merbahaya dan baik untuk kesihatan.


Pesanan buat pengguna Shaklee, perasankah anda pada botol Vitamin C ada tertulis Sustained Released. Ini bermakna kandungan 500mg per tablet dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut keperluan badan. Namun, jika demam atau selsema, adalah dinasihatkan agar mengambil 2 biji vitamin C untuk pagi dan malam dan dipatah dua sebelum dimakan. Mengapa perlu di patah dua? Ianya untuk memastikan vitamin C merembeskan kesemua 500mg. Ini kerana semasa sakit, badan memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.


Akhir kata renungi kata-kata ini "The patient should be made to understand that he or she must take charge of his own life. Don't take your body to the doctor as if he were a repair shop." - Quentin Regestein

Vitamin E
Vitamin E dikenali sebagai vitamin awet muda. Ia melambatkan proses penuaan. Ianya antara vitamin antioksidan yang paling bagus. Zaman sekarang, cara hidup kita sekarang banyak yang tidak seimbang dan kita mudah terdedah kepada radikal bebas yang membuatkan kita terdedah kepada bahaya penyakit kiritikal.

ANTIOKSIDAN, antara istilah kesihatan yang semakin meluas diperkatakan. Mungkin ada di antara pembaca yang pernah terserempak dengan `antioksidan' ketika sedang tercari-cari suplemen kesihatan atau barangan kecantikan di farmasi atau pasar raya. Selain itu, `antioksidan' juga sering muncul pada iklan dalam akhbar tempatan.

Ada juga di antara kita yang keliru apabila mendengar celoteh `promoter' bercerita tentang suplemen antioksidan yang dikatakan banyak manfaatnya untuk tubuh badan.

Bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan produk kesihatan, tentunya tahu serba sedikit, apa yang dikatakan antioksidan. Namun begitu, sejauh manakah kita tahu akan kepentingan antioksidan pada kita?

Antioksidan

Merujuk kepada satu sumber penulisan, antioksidan merupakan sekumpulan bahan yang dihasilkan oleh badan dan juga secara alaminya, terdapat pada kebanyakan makanan, terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak, tomato, bayam, brokoli, kentang dan sayur-sayuran hijau adalah antara sumber yang kaya dengan antioksidan.

Antioksi dan sama pentingnya seperti vitamin dan mineral. Beta karotin, vitamin A, C, E, koenzim Q10, asid lipoik dan selenium adalah merupakan antara contoh antioksidan. Bahkan, vitamin, mineral, koenzim dan molekul-molekul kecil seperti glutation, koenzim-Q10 dan asid lipoik, dihasilkan oleh badan.

Antioksidan merupakan elemen yang diperlukan oleh badan untuk menghalang dan melindungi sel-sel badan daripada kerosakan oksidatif oleh radikal bebas yang lama-kelamaan akan mengakibatkan masalah penuaan seperti katarak, artritis dan penyakit Alzheimer's dan juga pelbagai penyakit lain seperti kanser dan alahan (alergi).

Radikal bebas adalah atom atau kumpulan atom yang mengandungi sekurang-kurangnya satu elektron. Lazimnya, ia terhasil daripada pencemaran. Alkohol dan dadah juga merupakan penyumbang radikal bebas pada badan. Dan, adakah anda tahu, radikal bebas juga terdapat pada bahan kimia yang ditambah ke dalam makanan seperti bahan pengawet, pewarna tambahan dan sisa racun serangga.

Sedari Kepentingannya

Beta-karotin merupakan molekul yang berubah menjadi vitamin A apabila diproses dalam badan dan ia juga adalah antioksidan yang bermanfaat untuk penglihatan dan menangani kanser pada sel.

Vitamin A dan E, adalah vitamin larut lemak dan penting untuk mata dan kulit yang sihat. Simptom-simptom seperti rabun malam, kulit kering dan mudah terkena jangkitan, menunjukkan kekurangan vitamin A dalam badan.Vitamin E atau tokoferol penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan vitamin E akan mengakibatkan anemia, iaitu penyakit pemusnahan sel darah merah yang banyak. Ia juga berupaya menghalang kanser dan mengatasi masalah aterosklerosis 

Apa yang aku nak kongsikan disini adalah betapa berharga dan tingginya nilai susu ibu ni,com semak ape yg terbaik:


Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga  berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
  •  ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi 
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
  • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
  • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
  • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun
Prelacteal FeedsLazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan

Bayi

  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol
Ibu
  • susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu
Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi
  • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda
Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa
  • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • membolehkan bayi  anda mendapat cukup susu
  • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda
Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
  • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.
so sekarang sama-sama lah kita meyusukan anak kita secara exclusive