Wednesday 26 December 2012



Luahan Hati Seorang Isteri untuk Suami


Assalamualaikum


Kepada suami saya yang tercinta,Terima kasih untuk setiap kasih yang abang curahkan,
terima kasih untuk setiap ciuman yang abang berikan,
terima kasih untuk setiap kegembiraan yang abang lakukan,
terima kasih untuk setiap nasihat yang abang ingatkan,
terima kasih untuk setiap duit yang abang hulurkan untuk belanja ayang. hehehe...


Mungkin kita baru je hampir 2 tahun berkahwin, tapi ketahuilah ayang sangat bahagia dengan abang.
Ayang taknak bahagia kita kekal sampai mati tapi ayang nak kita bahagia sampai syurga nanti.
Dan abang mesti tau, setiap kali ayang kata "I Love You" ayang sangat berharap ada lagi ayat yang lebih super dari tu untuk menggambarkan betapa cintanya ayang dekat abang.


Tapi,
kadang-kadang ayang rasa penat sangat.
Penat jadi semuanya...tapi mungkin sekarang ayang dah biasa.
Setiap hari kena bangun awal pagi untuk siapkan bekalan anak,
hari Sabtu pun sama ayang kerja separuh hari,
hari ahad pun sama sebab nak perah titisan mutiara buat sang anak cuma 
kadang-kadang bila dah penat sangat memang x sedarkan diri hehehe 
dgn Ahad pulak ayang kena siapkan semua kerja rumah yang ayang dah tinggalkan.

Lepastu,
Ayang kena fikir menu apa untuk masak,
Ayang kena basuh kain, sidai kain tengah-tengah malam, abang pula tolong angkat kain, 2 3 hari lepastu baru ayang lipat. ;p

Dan....
Bila ayang stress, ayang mesti termarah-marah abang.


Tapi....
Abang tak pernah marah ayang sikit pon.
Abang akan tenangkan ayang, abang kata abang selalu ada untuk ayang.
Dan bila ayang susah hati atau ada masalah keluarga,
abang peluk ayang, abang pujuk ayang.tenangkan hati ayang
Abang tolong ayang potong bawang, goreng telur, goreng ikan, sidai  baju, remind ayang untuk siapkan barang-barang anak, kita sidai kain sama-sama, lipat baju sama-sama, kita pergi pasar sama-sama,
kita mengaji sama-sama, abang imam kan ayang waktu solat,
Dan bila hujung minggu, kita akan keluar mengisi masa lapang jika abang cuti abang akan ajak ayang keluar macam zaman bercinta dulu.


Orang akan cakap wanita itu hebat boleh buat macam-macam perkara.
Tapi ayang tak rasa macam tu.
Ayang rasa ayang dapat buat semua benda tu sebab abang ada untuk support ayang.
Ayang cuma rusuk, rusuk yang lembut. Yang akan bengkok suatu hari nanti.
Tapi, abanglah orang yang akan tolong pertahankan rusuk itu supaya kuat.
Bila ayang terfikir, betapa mudahnya seorang isteri untuk dapat pahala.
Terima kasih abang sebab abang tolong ayang untuk dapatkan pahala tu.

Tapi ketahuilah, ayang cuma manusia biasa yang tak sempurna.
Ayang mungkin akan melatah.
Tapi ayang janji ayang tetap akan berusaha untuk jadi yang solehah.
Untuk abang suami ayang,
untuk mama & Abah,
untuk Emak,
untuk adik-beradik kita,
dan kawan-kawan kita.
Untuk korang,
Percayalah, ikatan perkahwinan itu terlalu bahagia.
Berkongsi hidup dengan orang yang kita sayang.
Rasa bahagia tu memang takkan sama dengan waktu kita bercouple dulu.
Bagi kawan-kawan saya dan korang yang belum bertemu jodoh,
Saya doakan korang akan dapat isteri/suami yang penyabar.
Sebagaimana korang sabar menunggu kehadiran dia yang istimewa dalam hidup korang.
Amin ya rabbal alamin...


TIPS MENDIDIK ANAK TANPA PUKULAN




Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali mena
mpar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
 


“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Tuesday 25 December 2012

Bubur daging dan sayur

Kebetulan ira ada beli daging lembu haritu so try lah masakkan daging upula dalam food Haziq..lagipun daging tinggi zat besi kan bagus tuk haziq yang masih Fully breasfeed ni...Kata orang makan daging ni susah nak poo poo....erm yeke tapi tawakal lah bagi aje anak minum air masak banyak2...


Bubur daging dan sayur

Bahan-bahan :-

Beberapa isi daging lembu
sayur sawi
1 batang kacang panjang
cheese

cara-cara :

teramatlah simple masukkan beras perang dan air secukupnya selama 10 minit kemudian masukkan daging 
kacau kan dan masukkan sayur dan cheese...siap

penerimaan Haziq..erm not bad dia suka dan habis licin dia mamam......seronok tengok dia makan...x sempat nak snap pic dia tengah makan ..hehehe...cute sangat..







Mee Hoon Sup


Mee Hoon Sup
Bahan - bahan :

bawang holland,bawang putih,celery (diblend)
3 oz stok ayam
mee hoon (direndam air panas selama 10 minit)
2 helai daun sawi
1 sudu carrot di sagat

Cara- cara :

1) tumis bahan yang dah di blend
2) masukkan air secukupnya kemudian masukkan stok ayam
3) masukkan mee hon,carrot,sawi
4) renehkan sehingga masak

Siap!!!

 Biskut Oat & prunes




Bahan- bahan :-

2 sudu unsalted butter
1 sudu kecik olive oil
3 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
4 sudu besar cerelac oat & prunes
1/2 biji telur

Cara-cara :

Pukul unsalted butter bersama telur dan minyak olive oil
adunkan kesemua tepung dan cerelac tersebut sehingga jadi doh
dan bakar selama 15 minit


pic pinjam dari google ni lah yang ira guna



banyak ni lah yang dapat...ira x suka buat banyak2 sebab nanti boleh buat resepi lain so anak x boring....


Muffin Dragon Fruit

Muffin Dragon Fruit

Ni semalam punya kes...dah lama buah dragon ada dalam peti ais lupa nak makan so fikir2 balik wat minum petang ira n haziq sekali lah....hehehe




potong setengah n korek isinya pakai sudu


Lenyek dan tapis kan sebab taknak ada biji2 tu masuk perut Haziq


Bahan-bahan :-

1 1/2 sudu unsalted butter
1/2 biji telur
2 sudu yugort
1 sudu santan pekat
aie perahan dragon fruit
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 oz puree kurma/aprikot/kismis

Cara-cara :-

1) Pukul unsalted bersama telur sehingga kembang
2) Masukkan perahan dragon fruit bersama 1 oz puree kurma/aprikot/kismis untuk dapatkan sedikit       kemanisan kemudian gaul sebati
3) Masukkan tepung jagung gaul dan masukkan pula tepung gandum gaul sehingga sebati
4) Masukkan dalam remekin kemudian hiaskan potongan dadu dragon fruit taburkan atas adunan
5) kukus selama 25 minit


Kukus



Adunan ni ira buat dapat lah 2 bekas ni satu tuk anak satu tuk ibu....hahaha

Selamat Menikmati..........



Sunday 23 December 2012

Yugort manggo

 Yugort manggo


Ibu buatkan yugort manggo ni tuk bekfes Haziq ya



Bahan- bahan :-

yugort 
banana
manggo

Cara- cara :-

lenyekkan banana dan mangga bersama yugort



 siap so simple



ern ucuknyer anak ibu ni...




Thursday 20 December 2012

Mee hoon Junior



                            


Bahan- bahan :-

mee hoon
bawang holand
bawang putih
capsicum merah
carrot
pea
jagung
celery
ayam cincang

Cara-cara:-
1) tumis bawang holland,bawang putih,capsicum,celery yang diblend dengan minyak olive oil
2) masukkan ayam cincang kemudian masukkan segala sayur yang diblend atau cincang

3) masukkan mee hoon dan gaul sehingga rata


Bubur nasi ayam jagung


Bubur nasi ayam jagung

Bahan- bahan :-

1 sudu besar jagung
1 sudu besar peas
ayam potong dadu
bawang holland
bawang putih
cheese

Cara - cara :-
1) Tumis bawang holland,bawang putih dengan unsalted butter
2) Dah naik bau masukkan ayam dipotong dadu
3)Masukkan jagung dan peas
4) masukkan bubur nasi dan masukkan cheese 





Pasta Bolognese



Pasta Bolognese


Bahab-bahan :-

- isi ayam cincang
- tomato puree
- carrot blend/cincang halus
- celery
- italian mixherb
- cheese

Pasta
Rebus pasta sampai lembut

Kuah
Masak isi ayam dgn sedikit olive oil sampai masak,masukkan tomato puree,carrot dam celery, masak sehingga pekat, masukkan secubit mixherb & cheese

Dah siap tuang atas pasta SIAPP!!!






Licin Haziq mam sedap lah tu....


Biskut Susu Cair Dalam mulut

Wah biskut saya memang suka...memang lembut dah rapuh

Bahan- Bahan:-

1 sudu besar unsalted butter
1 cawan tepung jagung (diayak dulu)
1/2 cawan tepung atta (diayak dulu)
susu formula / Susu Ibu



Cara- cara :-

pukul unsalted butter sampai kembang kemudian masukkan tepung jagung uli sebati kemudian masukkan pula tepung atta dan seterusnya masukkan susu fm/SI uli sampai jadi doh
tekap ikut bentuk yang disukai


bentuk macam kuih suji



Biskut baby


Namapk macam x lawa kan bentuk biskut ni..hehehe biase lah baru first time buat kan..banyak lagi kene belajar 

Resepi nya ira ambil dari http://foods4tots.blogspot.com/2011/10/biskut-untuk-bayi-tanpa-telur.html 

Bahan-bahan :-

Bahan-bahan:
1 cawan tepung
1 / 2 cawan rolled oat
1 cawan bijirin beras bayi (saya gunakan cerelec oats&prune)
3 sudu besar minyak jagung/carnola
air sejuk berais

sebiji ikut resepi kak Farah Rahim cuma oat tu ira blend dulu...




masa ni bawa bekal ke family day hubby at Tanjung Balau Kota Tinggi


Betul2 Haziq menikmati hehehe....memang berkecah sikit lah kan...


Fingger food potato cheese

Fingger food paling senang...sedap dan lemak




potong ikut citerasa anak
sagat cheese atas potato ni kemudian bakar 20 minit


siap...

Keria Labu

Keria labu ni pulak dah lame ira buat tapi x sempat nak update kat blog dah.........busy je manjang...resepi ni ambil dari kak hasnita...



 Beberape potong labu yang dah dikukus kemudian lenyekkan/blend
masukkan tepung atta sedikit sahaja kemudian uli sampai jd doh then bulat-bulatkan 
(kalau adunan terlalu lembih masuukan dalam peti ais sekejap)
dah siap bentukkan goreng dengan minyak olive oil


Abaikan barang yang bersepah belakang Haziq ye huhuhuh


nyum nyum

sesungguhnya labu banyak khasiatnya...anak pun senang nak poo poo










Bubur Oat banana with tempe


Bekalan sarapan Haziq dirumah bs hari ini..haziq suka oat campur kurma so tukar menu oat dengan pisang pulak...




Masukkan semua bahan-bahan dibawah
masukkan oat,pisang dan tempe 
biarkan  selama 15 minit  atau lembut
tutup api kemudian masukkan yugort



Siap....



Bila petang ambik haziq bs cakap Haziq makan separuh aje sebab lagi separuh tertumpah oleh kerana tangan comel Haziq tu tertepis makanan mse nak suap, dia marah kacau dia main..sesungguhnya Haziq ni terlalu lah aktif dan lasak...nak kasi makan memang kene ikut die kemana die pergi...


Muffin Bananabery


Tugasan hari cuti rajin sikit dari hari lain...Resepi ni ira dapat dari group homemade cuma ubah sikit2 jalah...Ni lah akibatnya x ada remekin hehehe jd besar gedabakkan...



Bahan-bahan

- Pukul unsalted butter,telur,yogurt sampai kembang 
- Masukkan 3 biji pisang yang dah lenyek pakai tangan
- masukkan 1 cawan/250ml atta/gandum 
- dah sebati campurkan blubery
- bakar in 30 minit

momies boleh je tukar buah buahan diatas ye...ikut citerasa masing2




potong siap2 nk bawa bekal haziq ke rumah babysitter




makan dengan yugourt penambah rasa 



Taufufa pemikat Kasih


Ni kali kedua ira buat kan dia taufufa dulu masa Haziq 8 bulan lebih dia langsung x boleh terima tercekik..
mane tak nye tercekik die terus aje telan tanpe ngunyah aduiii.

So ira stop then ni Haziq 10 bulan baru try bagi lagi...


caranya sonang sajo...tofu tu stim/rebus kejap dalm 5 minit

kuahnya terpulang pada momies nak guna kurma boleh tapi ni saya guna dried aprikot
pastikan cari aprikot warna hitam bukan kuning 

rebus aprikot blend halus then campur air secukupnya dan tapis takut hampasnya buat baby tersedak


Reaksi Haziq?????



Erm boleh tahan lah dia terima jugak tapi slow lah....





ada lagi separuh sayang asik nk main aje...



alamal die buat aksi tercekik plk....cepat2 bagi air guna cawan memang dia suka.sebab apa tau dia suka gigit cawan tu airnye bukan dia minum banyak pun...erm cerdik betul....

Tapi finally habis jugak...hahaha puas hati.....terima kasih wahai anakku sudi makan dari hasil air tangan ibu mu......

TERBAIK!!!!



Bubur taufu with tomato & pumpkin

                                       
                                                         Bubur tofu with tomato & pumpkin

Dikala kehabisan ayam..huhuhu fikir2 dan fikir nak masak apa ni untuk my hero...haaaaa nasib baik ada taufu dan telur sumber protein jugakkan..masak pun cincai2 jugak hehehehe..........



Bahan- bahan :-

Bawang holland
Bawang putih
Celery
Tofu
Telur
Tomato
Stok Ayam
Puree pumpkin



hiris halus2 bagi anak yang boleh makan tektur kasar




Masukkan Semua bahan diatas kecuali tofo masukkan last sekali nak bubur nk dekat masak



Taraa dah siap

Saya masih blend lagi sebab Haziq xnak terima tektur kasar.die akan kemam aje dalam mulut die...aduiii anak oh anak.....xpelah yang penting dia nak makan kan.Leceh sikit xpe lah....yang penting makan dari hasil tangan ibu nya yang x berapa reti nak masak..hehehe

Caaaa Cinnnn Cauuuuu......................






Cupcake Pumpkin gebussss


                                   
                                                                 Cupcake pumpkin

Pada hari cuti rajin sikit nak mengukus or baking ni..hehehe tahu sebab apa? sebab si ibu pun join sekali hahahaha perut lapar ape pun sedap kebetulan ahad ira nak buat stok puree pumpkin alang2 menyeluk pekasam wat lah menu bertemakan pumpkin..

Haziq very like pumpkin sebab pumpkin ni rasanya lemak2 manis kan.......

so ni bahan-bahannya :

1 biji telur

1 sudu besar yugourt

1 sudu besar unsalted butter

3 potong besar pumpkin lenyekkan

1/2 cawan tepung jagung

1/2 cawan tepung atta/gandum

1 sudu besar cream cheese  

11 biji kismi


ni sukatan untuk 2 biji bekas di bawah tapi terpulang pada momie nak buat banyak mana ok?????


Cara-caranya :-

1- Pecahkan telur masuk dalam bekas kemudian masukkan yugourt dan unsalted butter
    pukul sampai kembang ira guna wisk aje

2- Jika dah sebati dan kembang boleh masukkan pumpkin yang dah dilenyek tadi

3 - Masukkan pula tepung jagung kacau lagi baru masukkan tepung atta/gandum

4- Kemudian masukkan cream cheese kacau samapai betul2 sebati

5 - Masukkan lah dalam bekas BPA free or remekin kemudia tabur lah kismis

6- Kukus lah selama 15-20 minit



 Ni hasilnya waktu mengukus




Gebukan........


 Siap tuk ibu dan Haziq NGAPPP!!!

Reaksi Haziq pulak.....haaa Hahiq dapat pinggan aje...hehehe hepp x boleh ibu suapkan ye sayang...ni muka buat yang susah sangat nak mengunyah.....


Dapat pinggan pun jadi lah boleh wat main...hehehe


Selamat Mencuba...........x rugi mencuba memang sedap....MARVELOUS!!!!!