Tuesday 11 September 2012

Beras Perang Homemade

Kenapa pilih beras perang?


Pernah makan nasi yang dimasak menggunakan beras perang? Mungkin ada yang berpendapat makan beras perang seolah-olah tiada rasa. Tidak seperti makan beras putih yang rasa sedikit manis dan berlemak. Sebenarnya silap, beras perang ini lebih lembut dan sedap bila dimakan ketika panas ataupun sejuk. Berasnya juga lembut dan senang dimasak berbanding beras putih. 

                                          

Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.  
                                                          
                                          

Beras perang mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat. Juga mengandungi mineral magnese yang berfungsi sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan. Secawan cawan beras perang menyediakan 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf dan mengawal paras kolesterol badan.   
                                                     

 Ia juga mampu mengekalkan berat badan yang ideal. Kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya mempunyai tubuh badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih. Selain baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah, beras yang kurang kanji dan gula ini juga sesuai dimakan oleh pesakit darah tinggi dan kencing manis.    
                                                    

Kebiasaanya kita memerlukan 25-38 gram serat dalam makanan harian kita. Oleh kerana beras perang memiliki selaput perang dipermukaan berasnya maka ia mempunyai serat yang lebih daripada beras biasa. Secawan cawan beras perang mengandungi 3.5 gram serat manakala satu cawan beras biasa mempunya kurang dari 1 gram serat.

Beras putih dianggap bijian yang telah diproses yang mempunyai nilai nutrisi yang terlalu
sedikit. Beras perang adalah pilihan yang lebih sihat, kerana ia mengandungi vitamin B, serat, besi dan asid lemak yang penting untuk pertumbuhan bayi.
1/2 cawan (120 ml) air
1/4 cawan (40 g) beras perang yang telah dikisar
1/4 cawan (60 ml) susu ibu atau formula


KAEDAH DI ATAS STOVETOP: 
Rebus air hingga mendidih di dalam periuk. 
Tambah beras perang yang telah dikisar sambil mengacau sentiasa. Reneh selama 10 minit, terus kacau laju-laju. 
Biarkan campuran sejuk sedikit dan kemudian pindahkan puri kepada pengisar. 
Kisar sehingga licin, dan tambah susu formula untuk mencapai konsisten yang dikehendaki.
Biarkan sejuk pada suhu bilik.


Jika menggunakan susu ibu, biarkan campuran sejuk lebih lama sedikit dan kemudian pindahkan puri kepada pengisar. 

Kisar sehingga licin, dan tambah susu ibu untuk mencapai konsisten yang dikehendaki.
HARUS INGAT KACAU PERLAHAN DAN JANGAN SESEKALI DI BLENDER KERANA SUSU IBU MUDAH HILANG NUTRISI JIKA DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN


HASIL PORSI: 
8 hidangan untuk bayi, 2 sudu besar (28 g) setiap porsi


SETIAP HIDANGAN (jika menggunakan susu ibu) MENGANDUNGI: 
28.4 kalori 
0.5 g jumlah lemak 
0.2 gram lemak tepu
1.4 mg kolesterol 
1.6 mg sodium 
5.1 g karbohidrat 
0.2 g serat pemakanan; 
0.52 g protein, 
4,4 mg kalsium; 
0.1 mg besi; 
16.3 IU vitamin A 
0.4 mg vitamin C.


 
ini lah rutin wekeend saya


Cara-cara membuat puree


BAHAN - BAHAN :
Salah satu bahan di bawah yang masak
Air ¼ hingga ⅓ cawan (60 hingga 80 ml) (jika memasak atas dapur gas)
stim kan pun boleh

KAEDAH MICROWAVE:
Basuh, kupas dan potong kepada kepingan kecil.
Potong dadu sederhana besar
Letakkan pir di atas pinggan, bahagian sisi yang telah dipotong mengadap ke bawah.
Gelombang mikro pada tinggi, 3 hingga 4 minit sehingga pir lembut.
Puri di dalam blender selama 30 saat atau sehingga tektur puri halus.
Tapiskan

KAEDAH DAPUR GAS:
Basuh, kupas dan potong kepada kepingan kecil.
Tambah air ke periuk kecil dan biarkan mendidih.
Tambah potongan epal pada air mendidih, tutup, kurangkan haba, dan reneh selama 10 minit atau sehingga epal lembut.
Sekali-sekala lihat untuk menentukan samada anda perlu menambah lebih banyak air atau tidak.
Biarkan campuran menyejukkan sedikit dan kemudian kisar epal dan air dalam pengisar selama 1 hingga 2 minit sehingga epal menjadi puri.
Jika diperlukan, tambah 1 hingga 2 sudu besar (15 hingga 28 ml) air.
Tapiskan.

ni bahan yang saya gunakan..xpayah bagitahu lah kan dh kenalkan bahan2 diatas :-)


Dah Siap di Potong dadu and lepas ni saya basuh bersih-bersih dan stim kan blender dan tapis pakai penapis untuk dapat tekstur yang halus



Lepas tapis saya masukkan dalam cube tray ni boleh dapat kat giant RM3.99 aje hehehe kemudian tutup dan frozenkan selama 1 hari...dan



Tadaa...dah siap...dari cube tray yg diatas keluarkan dan letak dalam bekas macam ni plak so senang nak ambik...


Selamat mencube!!!!!!!!!!


yummy.................


Selamat mencube!!!!!!!!!!





Makanan Pertama

Excited Haziq dah 6 bulan dah boleh start solid food...apa yang saya ketahui makana pertama yang boleh berikan kepada anak adalah seperti pisang,avokado,apple,pear dan byk lagi..di bawah ni ada senarai food for bby ikut umur...

 

dan aku suke join ni banyak ilmu dan info pemakanan yang aku dapat...banyak manfaat

Cover Photo 

5 bulan bawa Haziq Jalan-jalan



kebetulan husband x keje ape lg ajk ler die jalan-jalan lgpun asik memerap je kt umah kan ape kate amik angin kat luar lah plak kan...hehehe




.

haa ni g tesco extra dulu pastu g dangan bay...seronok tgk Haziq..Sampai mata dia stim nak tido kene angin pantai...sayang anak ibu...


Bawah ni gambar Haziq mase 5 bulan...(5.7kg)



                                                                                                Dah boleh meniarap...












bergaya dalam kereta


 asik nk lompat aje sumbat dalam walker....



Bahagia terasa tengok anak membesar depan mata  Haziq ur are my hero....sayang anak ibu