Friday 26 July 2013

Cara Solat Sunat Dhuha yang ringkas



Solat Dhuha merupakan amalan sunat yang di galakkan kita amalkan nya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW.  
Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6, hingga 12 rakaat. 



Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sinat Dhuha : 
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor. 
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati :
✿ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua  
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿  Tahiyyat akhir & Beri Salam.. 
3. Doa  
✿ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿  Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿  Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :

Maksudnya:
 Ya Allah, 
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, 
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, 
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu 
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya ALLAH, 
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan
jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.. 
~Amennn Ya Rabbal Alamin..~

Tuesday 23 July 2013

Cookies Orange Oat


Cookies Orange Oat

Wah mentang-mentang raya dah dekat kan...rajin pulak godek resepi biskut for my little one...Resepi ni pun lebih kurang aje sebenarnya cuma lain perisa dan bentuk...ni bentuk bebas...x perlu susah2 guba shape hahahaha...kononnya nak standby raya tapi pengasuh kata dah tinggal separuh dia haziq makan buat sarapan...aduh...nanti weekend ibu kene buat lain lagi la ni...

Resepi termudah

Parutan sebiji kulit oren
1 Cawan Rolled oat
3/4 cawan Tepung atta
2 sudu besar tepung jagung
Unsalted butter
1 Sudu madu
2 Sudu telur

Cara-cara :-
1) Pukul unsalted butter bersama telur dan madu
2) masukkan parutan kulit oren kemudian rollet oat
3) masukkan tepung kemudian uli sampai jadi doh
4) dah rata buat lah bentuk suka hati...
5) bakar dalam 15 minit

p/s: if berderai you all boleh tambahkan sedikit minyak jagung

So jadilah cookies ni...baunya amat lah harum...yelah bau oren kan...