Friday 22 June 2012


Cergas Dengan Set Breastfeeding

Saje nak mengimbau kenangan dengan Shaklee. Teringat dulu selepas kawen, selalu rasa letih. Yelah, dah la balik kerja, nak masak lagi, basuh kain lagi, kemas rumah lagi. Ada pula hari2 atau hujung minggu yang ada program. Jadi terasa sangat penat.

Saya tanya seorang akak, “Macam mana akak boleh maintain kerja, rumah, dakwah semua? Saya rasa sangat penat. ” Akak tu mencadangkan ambil multivitamin. Katanya orang perempuan seorang memang kena ambil multivitamin

Kadang-kadang kita mengejar waktu, jadi makanan yang diambil belum tentu sempurna. Jadi, kita perlukan makanan tambahan. Saya pun mula beli multivitamin yang ada di farmasi. Saya pun tak ingat jenama apa. Main ambil mana yang murah je.

Masa mengandung lagi la terasa penat. kadang-kala sambil mengaji pun boleh tertidur. On the way ke office dan kalau balik lewat akan tidur dalam kereta. (Nasib baik suami yang pandu). Masa mengandung ambil obimin yang doktor bagi sahaja.

Dalam masa yang sama, ada baca blog rakan sekerja cerita tentang penyusuan susu ibu dan Shaklee. Masa tu fikir, nanti bila susu merudum baru nak try la shaklee ni. Untuk banyakkan susu ni. Itulah tanggapan pertama.

Jadi lepas habis pantang cuma continue ambil multivitamin yang tak habis lagi, lagipun susukan banyak lagi. Kemudian, rakan sekerja tu cuba explain bahawa vitamin ni bukan untuk banyakkan susu sahaja. Ia lebih kepada kesihatan ibu. Dan bila ibu sihat dan cergas maka susu pun akan lebih banyak terhasil.

Bila asyik baca blog dia, teruja untuk cuba. Lagi pula multivitamin yang dibeli di farmasi dah habis. Oh ya, tak lupa pula masa tu dia adakan promosi menarik. Saya suka tengok promosi2 dia. Setiap bulan tunggu apa yang nak dipromosikan. hehe.

Jadi, saya pun cuba Set Asas Penyusuan iaitu Set B. Benda pertama yang saya perasan, setiap hari saya akan ke tandas. Saya memang ada masalah pelawasan. Pernah seminggu tak membuang, lepas tu rasa sakit kepala, nak termuntah dan tak lalu makan. Setiap hari kena makan sayur hijau yang sangat banyak. itupun masih termenung dalam tandas dengan lama. Alhamdulillah, bila dah ambil Set B ni, tak perlu paksa-paksa, setiap hari rasa bersih je perut dicuci. 

Saya ingat lagi, beberapa hari lepas ambil set B, saya tanya rakan sekerja saya, ada plastik simpan susu lebih tak? Susu banyak sangat, tak cukup botol yang dibawa. Huhuhu. macam tu sekali penangannya. Biasanya cukup je. 

Lama-lama suami pun tegur, ‘tak nak tidur ke?’ masa dalam kereta. Saya sendiri tak perasan. Dah tak rasa penat dan mengantuk. Malah masa bersama dalam kereta boleh digunakan untuk berbual-bual mesra dan update masing-masing. Alhamdulillah. 

Semakin lama saya semakin jatuh cinta dengan Shaklee. Rasa nak cuba semua, tapi tak mampu pula nak telan banyak2. Tapi memang saya cuba sedikit demi sedikit. Selain tu, bagi juga muadz dan suami cuba. Oh ya, mak ayah dan ibu mertua saya pun ambil Shaklee juga.

Makin lama semakin seronok nak share dengan semua orang. Maka saya pun mulalah berkongsi dan mempromosi shaklee sehingga ke hari ini. Masih banyak lagi produk yang saya nak cuba. Nak cuba penjagaan wajah luaran, nak cuba penjagaan rambut. Tapi sikit-sikitlah. Risau pula terus banyak-banyak tak mampu istiqamah.

Saya percaya, siapa yang dah cuba Shaklee ni tentu dah rasai perbezaannya.Yang paling penting, kalau rasa hasilnya tak menepati citarasa, cuba hubungi kembali pengedar dan minta konsultasi ya. Paling penting untuk minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari dan ambil mengikut jadual yang diberikan. 

Alhamdulillah, bersyukur ditemukan dengan Shaklee.  Bukan sahaja membantu masalah keletihan dan kesihatan, malah membantu masalah kewangan juga sekarang ni. 
Terima kasih Kak Ayu yang memperkenalkanku kepada Shaklee. Saya pun ingin berjaya macam akak juga. 

Pengunjung Blog

No comments: