Monday 4 June 2012

Anugerah terhebat

Pada tarikh 02.02.2012 pukul 1.30 pagi tiba tiba aku sakit perut yang teramat sangat ,macam senggugut..aku tak terpikir pun dah nak bersalin sebab due date aku 05.02.2012(tepat2 tarikh aku sah menjadi isteri) lagipun takde tanda ape2 pun lagi..aku pun sambung tidur lagi memendangkan sakit dh pun kurang..tibe2 selepas 5 minit sakit nye datang lagi...aduhai tak tertahan rasa sakit nya sambil mengerang nak tahan sakitnya,suami aku pun terjaga dek kerana aku bising..kesian my husband aku kacau die tidur,(sory tak sengaja sayang).oleh kerana esok husband aku kene gerak awal g kerja aku pun suruh lah die tidur balik jangan hiraukan aku,kejap lagi hilang lah sakit nye tu,aku sedapkan hatinye...sakit yg aku tanggung berlarutan 5 minit sakit 5 minit hilang sampai lah kul 5 pagi(hilang tenaga sebab tahan sakit) aku punya x tahan aku pun tepon my mom's and die suruh aku g hospital..husband aku pun bw lah aku...sampai Hospital Sultan Ismail lebih kurang kul 6.45 pagi.aku di cek bukaan dh 4 cm...haaaa terngaga aku seketika,anak aku dah nak keluar ke...Ya ALLAh takutnya aku....namun aku berserah padanya..Aku Tergolek-golek atas katil hospital menahan sakit contraction. Habis tangan husband aku genggam buat menahan sakit.Aircond dalam wad punyalah sejuk tapi aku berpeluh-peluh. Doktor datang 'menyeluk' tapi dia kata belum lagi. Tunggu sikit lagi baru boleh. Maka berkerut-kerut lah muka aku atas katil tu. . Aku akan ingat camne mengigil aku waktu tu. Ngan contraction yang dah makin menjadi-jadi. Peergghh!! Kalau dikenang memang fobia. Tapi pengalaman tu memang terindah. Terasa complete sudah hidup ni. Dapat memeluk tubuh panas si kecik yang berlendir, berdarah tu.. Ya Allah, indahnya rasa!!

                                                                                                                                                                   
2.8 kg

 ni lah anakku Muhammad Haziq Iryad Bermur 1 hari


                                            Akhirnya Haziq membuka mata merenung Ibu dan ayah



Kalau lah ada yang rakam segala kejadian 02 February 2012 tu, rakaman tu akan jadik rakaman termahal nilainya dalam hidup aku. Fasa-fasa perubahan. Detik-detik bergelar ibu. Indahnya!! Teruja dia tak sama bila 1st time dpt kete, perasaan bergelar isteri pun tak indah macam perasaan jadik mak. Serious. Itu yang aku rasa.

Membesarkan Haziq adalah mudah bagi aku. Dia seorang anak yang baik. Anak yang tak banyak ragamnya. Dia tak menyusahkan ibu ngan ayah. Tak menangis sesuka hati. Kalau dia menangis, lapar lah tu tandanya. Bagi susu, diamlah dia. Malam hari pun dia tak mengganggu tido ibu dia ni. Dia bangun untuk menyusu semata, dpt susu tido. Jarang sekali dia menangis dan berjaga di waktu malam. Walaupun adakalanya dia mintak dimanja berlebihan, tak mahu diletak, nak berdukung sentiasa. Semampu boleh aku dan ayah dia turutkan. Dia nak perhatian. Dah la 5 1/2 hari nanti dalam seminggu duduk dengan orang, hujung minggu je lah nak berkepit ngan ibu ayah kan. Penuhilah keinginan dia.

bila die sakit ke kene paksa dia makan ubat. Selagi dia tak baik, tak kembali ke keadaan biasa. Rasa nak je tukarkan sakit tu. Memang la, menjadi ibu kau akan berubah sepenuhnya. Berubah dari segala segi. Keperluan diri letak tepi. Semua anak. Apa-apa, mesti dulukan anak.. Bila dia membesar dengan sehat, mengikut perkembangan yang sepatutnya, aku sebagai ibu mmg berbunga-bunga. Mak mana yang tak suka. Melihat dia yang mula senyum dan mulut nye bising seawal 1.5 bulan.cukup menggembirakan. Bila dia galak berborak, tersengih-sengih ngan kita. Peergghh, tak tergambarlah perasaan suka tu.

Menjadi ibu memang menyeronokkan!!




1 Month


2 Month



3 Month

4 month

Dan sungguh aku betul-betul syukur dengan nikmat dan kesempatan yang Allah berikan ni. Memberi aku peluang merasa smua ni. Kami tak perlu menunggu lama. 2 bulan selepas akad aku disahkan mengandung. Alhamdullilah, rezeki yang dinanti muncul sudah. Dan sekali lagi aku bersyukur, proses mengendong Haziq juga dipermudahkan. cume aku alami alahan yang teruk,tapi tiada sebarang komplikasi. Haziq sememangnya budak yang baik, sedari masih di dalam rahim hinggalah dia ke hari ni.

Hari ni Haziq berusia 4 bulan. Memang terasa sangat cepat masa berlalu. Macam tak percaya dah 4 bulan kami hidup bersama. 
Dah 4 bulan aku menghadap segala kerenah dia. Dari saat dia hanya tahu menangis, terbaring dan tido je sepanjang hari, hinggalah sekarang yang asyik nak berjaga. Nak bermain. Main sampai kadang-kadang tak xnak tidur.. Dah 4 bulan jadual hidup berubah sepenuhnya. Dah 4 bulan juga aku tidak lagi tidur lena sepanjang malam. Ada kewajiban perlu dilaksanakan. Bunyi mulut si kecil yang mencari-cari susu cukup untuk buata ku tersedar. Kalau dulu, orang dah pukul ngan bantal pun belum tentu aku bukak mata.

Itu lah keindahan menjadi seorang ibu. Kau akan berubah tanpa dipaksa.

Aku hanya harapkan Haziq akan terus membesar dengan sihat. Jauhkanlah segala jenis penyakit dari dia. Aku tak rasa aku sanggup nak melihat dia menanggung kesakitan. Dia terlalu kecil. Dia tak tahu apa. Biarlah dia rasa yang seronok-seronok je. Biar dia gembira sentiasa.


                                                                      you are my heroo


Haziq adalah segalanya!! Ibu sayang Haziq!












Pengunjung Blog

No comments: