Wednesday, 8 May 2013

Khasiat Buah Delima


buah delima



Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya.
Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.

Aku selalu belikan untuk haziq..buatkan air jus bagi dia minum...dia suka minum walapun rasanya agak masam2 sikit...jus delima homemade khas buat haziq



suka nya dia minum....


Jom ikuti khasiat dalam buah dari syurga ini :-

Mengikut sejarah, buah delima secara tradisionalnya melambangkan kesuburan. Buah delima telah ditanam di Mesir sebelum zaman Nabi Musa. Ia telah ditemui di lembah Indus pada zaman awal dan terdapat perkataan Sanskrit untuk delima.
Buah delima memiliki mahkota serta mengandungi biji yang terletak di dalam kantung. Bahagian delima yang digunakan adalah buah. Buahnya selalu dimakan mentah ataupun dijadikan jus untuk diminum. Namun begitu, kebanyakan fitokimia1 boleh ditemui di dalam kulit buah delima. Akar dan kulit buah delima juga turut digunakan untuk tujuan perubatan.
1 Juga disebut fitonutrien dalam erti kata lain adalah segala jenis zat kimia atau nutrien yang boleh didapati dari sumber tumbuhan termasuk sayuran dan buah-buahan.
Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam,buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.
Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.
Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit..
Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama.
Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

BAB 2: KHASIAT BUAT DELIMA 

“Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99 

Ubat Tradisonal 

Selain sebagai makanan, manfaat kesihatan delima telah dikenal dan digunakan luas di banyak budaya. Penggunaan yang paling terkenal di seluruh dunia adalah sebagai ubat cacing usus (sari akarnya). Dalam Papyrus Ebers tanggal 1530 SM, ramuan akar delima tercatat sebagai ubat parasit usus, yang terus digunakan sehingga sekarang.
Dalam Ayurveda (perubatan tradisional India), delima disebut sebagai zat yang berkesan mendinginkan, terutama pada sumsum, darah dan saraf. Seorang doktor Yunani abad ke-2 bernama Soranus, penulis awal ginekologi dalam sejarah kuno, menyebutkan biji delima sebagai kontrasepsi oral dan supositoria vagina, dalam karyanya mengenai lima resepi manfaat buah delima.
Penulis lain seperti Hippocrates, Dioscorides, dan Ibnu Sina telah menjelaskan penggunaan biji delima untuk mencegah konsepsi.
Hari ini, biji delima masih digunakan sebagai kontrasepsi rakyat di beberapa wilayah Afrika.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing.
Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu.
Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. 

Penelitian Moden 

Dalam beberapa dekad, ratusan karya ilmiah telah diterbitkan mengenai delima. Banyak kesan ‘ajaib’ telah terbukti dalam penelitian yang dilakukan oleh manusia. Jika anda belum makan atau minum jus buah delima secara teratur, berikut adalah beberapa alasan mengapa anda perlu melakukannya. 

1. Antioksidan 

Penelitian terbaru menyebutkan bahawa buah delima kaya dengan antosianidin yang mempunyai khasiat antioksidan dan anti-inflamasi. Jus buah delima disebut-sebut memiliki antioksidan lebih besar daripada “makanan hebat” lain seperti anggur merah, teh hijau dan blueberry. Antioksidan melawan radikal bebas yang dapat merosak sel-sel. Kerosakan sel ini berkaitan dengan segala macam penyakit termasuk barah, penyakit jantung dan alzheimer.
Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan. 

2. Mencegah Penyakit Jantung 

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Proceedings of the National Academy of Sciences menemui bahwa jus delima dapat memerangi pengerasan arteri dan penyakit terkait seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah penumpukan plak di arteri dan dapat meluruhkan penumpukan plak sebelumnya.
Kajian lain pada Journal of Cardiology menemui bahawa pesakit penyakit jantung koroner (PJK) yang meminum sari buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sekitar 17%. Aliran darah kemudian menurun sebanyak 18% pada kelompok plasebo. 

3. Menstabilkan Paras Kolestrol 

Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangi oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik). Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk. 

4. Menurunkan Tekanan Darah 

Satu kajian menunjukkan bahwa minum 1,7 auns jus delima per hari menurunkan tekanan darah sistolik sebanyak 5 %. 

5. Mencegah & Mengubati Barah 

Buah delima dipercayai memiliki khasiat mencegah and mengubati penyakit barah.
• Studi di Israel menunjukkan bahawa sari buah delima menghancurkan sel-sel barah payudara sementara membiarkan sel-sel sihat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel barah payudara.
• Ekstrak biji delima terfermentasi yang kaya polifenol mempromosikan pemulihan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
• kajian pada tikus menunjukkan bahwa sari buah delima dapat menghambat perkembangan barah paru-paru dan barah prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 laki-laki yang telah menjalani rawatan barah prostat, pengambilan 205 gram jus delima setiap hari memperlambat penggandaan PSA (ukuran perkembangan barah prostat) dan mengurangi keperluan rawatan lebih lanjut seperti kemoterapi atau terapi hormon. 

6. Melindungi Otak Bayi 

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Pediatric Research menemui bahawa meminum jus buah delima sepanjang kehamilan membantu melindungi otak bayi yang baru lahir setelah kelahiran traumatic.
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi.
Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam. 

7. Mencegah osteoarthritis3 

Keadaan di mana sendi terasa sakit akibat inflamasi ringan yang timbul kerana geselan hujung-hujung
tulang penyusun sendi.
Keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri Beberapa kajian menunjukkan bahawa sari buah delima dapat mencegah kerosakan tulang rawan. Menurut penelitian di Case Western Reserve University yang diterbitkan dalam The Journal of Nutrition, ekstrak delima menurunkan tingkat bahan kimia yang disebut interleukin-1b (IL-1b) dan enzim yang mengikis tulang rawan dan membuat inflamasi. Para peneliti mengatakan ekstrak buah delima mungkin dapat menghambat degradasi kartilago pada osteoartritis. 

8. Mencegah Penyakit Alzheimer

Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah kajian, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengumpul plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik.
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 % pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu. 

9. Melindungi Gigi 

Penelitian menunjukkan bahawa meminum jus delima mungkin merupakan cara semulajadi untuk mencegah plak gigi. 

10. Sumber Nutrisi. 

Satu buah delima memiliki sekitar 40 % keperluan vitamin C harian yang disyorkan untuk orang dewasa, bersama dengan asam folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja yang terkandung di dalamnya. 

11. Merangsang Tenaga Batin 

Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan.
Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi. 

12. Menguatkan Sistem Pertahanan Badan 

Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati. 

13. Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis 

Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.” 

14. Menghalang Kemasukan Virus HIV-1 dan Microbicide 

Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0. 

15. Merendahkan Tekanan Darah 

Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok. 

16. Mengurangkan Batuk dan Athma 

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah. 

17. Lagi Khasiat Delima 

• Melawan penyakit gout
• Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
• Merawat 'sinus'
• Meningkatkan tenaga
• Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
• Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
• Menormalkan fungsi hati
• Menstabilkan peredaran darah
• Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
• Mencuci darah kotor 

Pentingnya Wanita Mengamalkan Minum Pati Delima 

. Mencantikkan, merawat dan mencerahkan kulit
. Membuang lemak-lemak berlebihan terutama lemak di bahagian perut
. Memperelokkan rahim
. Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang kemas
. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid
. Membakar kalori dengan cepat, dapat mengelakkan pertambahan berat badan
. Awet muda 

BAB 3: TAHUKAH ANDA? 

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran 55:68
“Di dalam keduanya (ada macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima”
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Antara seunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Dua ayat lagi yang menceritakan tentang buah delima adalah daripada surah Al-An’aam 99 dan 141.
“Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” [6:99]
“Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon korma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” [6:141]
Nama saintifik bagi delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk.
Mengikut buku Plants of the Quran oleh Dr M I H Farooqi, Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadaman. 

TIPS MEMILIH BUAH DELIMA 

Ketika membeli buah delima, pilih yang berat dan tidak retak kulitnya. Bila disimpan di dalam peti sejuk, buah ini dapat bertahan sehingga enam bulan.
Tapi lebih baik makan yang segar.
Untuk membuka delima, pertama anda harus memotong mahkotanya, lalu hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bagian. Buka kulit delima dengan jari-jari anda dan ambil isi buahnya ke dalam mangkuk.
Biji delima adalah sumber serat dan nutrisi yang baik. Banyak khasiat buah delima terdapat pada bijinya. 
PENUTUP 
kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah.
Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.
Semoga dengan perkongsian ini akan menambahkan ilmu kita dengan rahsia-rahsia di sebalik penciptaan Allah iaitu buah delima.
“Jom Ke Arah Kehidupan Yang Sihat!”
Dapatkan Pati Delima Gulsan Dari Turkey

Sepanjang mengandung, aku banyak makan buah delima… Banyak khasiatnya… cuba baca sedutan di bawah.
Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99
Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.
Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
(dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)

Buah Delima dan Rawatan Kanser Khususnya Kanser Payudara : Satu Harapan Baru,

Ketua Penyelidik dari Beckman Research Institute of City of Hope, Amerika Syarikat Profesor Dr. Shiuan Chen telah membuat satu kejutan penemuan baru dunia sains mengenai buah delima. Buah delima didapati menganduni penghambat enzim (Enzyme Inhibitor), sekaligus menjadikan ia berfungsi melemahkan kanser payudaya dengan membataskan perkembangan estrogen.

Hasil eksperimen makmal menunjukkan bahwa delima (pomegranate) mengandung sebatian kimia yang mampu mengurangi risiko terbentuknya hormon yang menyebabkan kanser payudara disamping dapat mengelakkan risoko jantung.

Delima yang rasanya segar dan manis ini mengandung fitokimia dan tinggi kandungan polifenol antioksidan. Jika seorang wanita sudah tidak lagi memproduksi hormon estrogen, maka risiko kanser payudara akan menurun iaini sama dengan yang disebabkan oleh kandungan fitokimia yang diperolehi melalui pemakanan delima.

Walaubagaimana pun para penyelidik belum dapat memastikan jumlah dos yang efektif untuk mencegah kanser payudara kerana sebatian kimia yang berasal dari makanan tidak mudah diserap oleh tubuh manusia.

Namun, para ahli mengatakan meminun jus dari sari buah delima adalah amat baik, apalagi kandungan antioksidan dalam satu gelas delima lebih banyak dibanding dengan satu gelas teh hijau atau jus oren.

Inilah kebesaran Allah. Setiap penyakit ada ubatnya iaini akan ada elemen yang membawa kesembuhan kepadanya kecuali MATI. Antara tumbuhan lain yang mempunyai fungsi yang sama seperti buah delima sebagai penghambar enzim adalah cendawan. Kumpulan penyelidik Dr. Shiuan juga mengkaji kemungkinan rawatan kanser payudara dengan menggunakan ekstrak bahan dari cendawan selain buah delima! Saya amat pasti dengan meruqyah ekstrak buah delima atau cendawan akan menambahkan lagi kemujarapan bahan-bahan tabii kurniaan Allah SWT ini....

Khasiat buah Delima

1) Rawatan kanser khususnya kanser payudara serta semua jenis ketumbuhan.
2) Merupakan penambah tenaga batin – ‘viagra’ bagi suami isteri. 
3) ‘Perapat’ bagi isteri dan menyuburkan rahim. Bagus untuk pasangan yang ingin mendapatkan anak.
4) Kecantikan dalaman dan luaran (bentuk badan) bagi wanita.. 
5) Sesuai untuk mencairkan kahak dan selsema. Rawatan hebat untuk pesakit demam.
6) Sesuai untuk ibu mengandung bagi menjamin janin yang sihat, cantik dan normal tumbesarannya. 
7) Mencerdikkan minda dan menguatkan memori.

Pengunjung Blog