Wednesday 17 April 2013

Sunnah Food & Natural supplement





Olivenol Plus

Jus ekstrak buah zaitun. 
1ml sama dengan 4-6 oz polyphenol antioxidants minyak zaitun yang extra virgin terbaik.
Di simpan dalam vegetable glycerin


ni ira bagi haziq minum 0.5ml je sehari...x masukkan dalam susu or food dia takut dia rasa xsedap nanti dengan makanan dia nanti dia xnak makan nak elakkan perkara tu terjadi so ira pakai yang pancit ubat tu

terus pancut masuk mulut dia..

hahaha memang berkerut lha muka dia memang ternyata xsedap kan....tapi nak buat macam mana olivenol plus ni boleh meningkatkan imunisasi dia..


Boleh dapatkan olivenol ni dekat farmasi ,oline pun ada harra sebenar RM 199.00 tapi ni masa beli tu ada offer so pakat dengan kawan2 kat group laman kesihatan share beli ni dapat harga RM 138.75 beza kan harga dia....


nanti ada rezeki lebih nak beli minyak habatussauda pulak :-)


Habatussauda serbuk





Ni pulak supplemet tuk ira..selain untuk kesihatan ianya membantu meningkatkan penghasilan susu ibu...ira masa sarapan buat milo so masuukan suku sudu dalam air..erk memang pahit lah kan tapi terpaksa telan jugak...bukan xada kapsul ada tapi ni murah sikit dan jimat hehehe beli ni dekat kedai jamu penjual tu bagi RM 20.00 dapat tahan 2 Bulan...jimat kan?????????


Khasiat Habbatus Sauda

Nigella Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India, . Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter. Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’ terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’ yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.

HADITH SAHIH TENTANG HABBADUS SAUDA’

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”

Riwayat Imam Bukhari.
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat 
ubat segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.
Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda :
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.
Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.

HABBATUS SAUDA’ DALAM PERUBATAN MODEN

“ Nigella sativa commonly known as love in the mist a beautiful Middle Eastern Herb with many use” Dr. Micheal Tierra. L.A.C, O.M.D. Pengarang buku Planetary HarbologyDalam Kanun Perubatan (The Canon of Medicine) Ibnu Sina (980-1037 Masihi) mengatakan bahawa “black cumin adalah bijirin yang sangat merangsang tenaga tubuh dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan, dan sistem pernafasan”.
Sementara itu Al-Biruni (973-1048 Masihi) menegaskan bahawa “black seed” berkemungkinan digunakan sebagai bijirin penuh berzat semasa kurun ke sepuluh dan kesebelas.
Selain itu kehebatan Habbatus Sauda’ turut diperakui oleh cendekiawan silam lainnya seperti Ibnu Qayyim dan Al Baghdadi , disamping ratusan ahli sains dan pakar perubatan moden memperakui keunggulannya. Sebahagian daripada mereka adalah Dr. Basil Ali (dari The College of Medicine at King Faisal University), Dr Haq (dari The Department of Biological and Medical Research Center in Riyadh, Saudi Arabia), Dr. Michael Tierra (Pengarang buku Planetary Herbology), Dr. Peter Schleicher (Immunologist dari Munich), Professor Dr. El-Dakhakny (Pharmacology Department of Medicine, Elexandria University, UAR Egypt), Dr. Nirmal Chakravarty, M.D, Dr. Badr-el-Din dan Dr. Mahfouz, Dr. Ahmed El-Qadi dan Dr. Usama Qandil.

Credit to Google





Pengunjung Blog

No comments: