Tuesday, 19 February 2013

Pulihkan Susu Badan Dengan PP




Ya Allah besar betul keajaiban Mu....memang betul Teknik Power pumping ni membantu meningkatkan penghasilan susu ni lah baru pertama kali aku buat PP pagi2 buta tapi nikmat yang aku perolehi tidak terkata tidak dapat digambarkan....

Punya lah suka...Ya Allag aku bersyukur ya Allah...aku yakin jika aku buat berterusan teknik ni insyaallah akan lagi lebih aku perolehi nikmat ni... daripada 10-12 oz dapat up balik 15 oz tapi i baru je sehari buat PP cuba kalau seminggu??? sapa tahu kan dapat macam dulu 20 oz ++ per day

Apa itu teknik Power pumping???

1 ) Double pump 
= 10 minit pump
= 10 minit rehat
= 10  minit pump
= 10 minit rehat
= 10 minit pump
= 10 minit rehat 

*ha cukup kan sejam...macam itu lah teknik PP yang dikatakan

1 ) Single pump 
= 10 minit kanan
= 10 minit kiri
= 10 minit kanan
= 10 minit kiri
= 10 minit kanan
= 10  minit kiri

* cukupkan juga sejam

Teruskan pump juga walau pam susu x keluar dah orang cakap pam angin je..hehehe tapi xpe dia akan hantar signal kita perlukan susu lebih dari biasa...

korang cuba lah yek...sama2 kita istiqamah demi Permata Hati kita....


Pengunjung Blog

No comments: