Tuesday 11 September 2012

Beras Perang Homemade

Kenapa pilih beras perang?


Pernah makan nasi yang dimasak menggunakan beras perang? Mungkin ada yang berpendapat makan beras perang seolah-olah tiada rasa. Tidak seperti makan beras putih yang rasa sedikit manis dan berlemak. Sebenarnya silap, beras perang ini lebih lembut dan sedap bila dimakan ketika panas ataupun sejuk. Berasnya juga lembut dan senang dimasak berbanding beras putih. 

                                          

Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.  
                                                          
                                          

Beras perang mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi, fosfat. Juga mengandungi mineral magnese yang berfungsi sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan. Secawan cawan beras perang menyediakan 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf dan mengawal paras kolesterol badan.   
                                                     

 Ia juga mampu mengekalkan berat badan yang ideal. Kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya mempunyai tubuh badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih. Selain baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah, beras yang kurang kanji dan gula ini juga sesuai dimakan oleh pesakit darah tinggi dan kencing manis.    
                                                    

Kebiasaanya kita memerlukan 25-38 gram serat dalam makanan harian kita. Oleh kerana beras perang memiliki selaput perang dipermukaan berasnya maka ia mempunyai serat yang lebih daripada beras biasa. Secawan cawan beras perang mengandungi 3.5 gram serat manakala satu cawan beras biasa mempunya kurang dari 1 gram serat.

Beras putih dianggap bijian yang telah diproses yang mempunyai nilai nutrisi yang terlalu
sedikit. Beras perang adalah pilihan yang lebih sihat, kerana ia mengandungi vitamin B, serat, besi dan asid lemak yang penting untuk pertumbuhan bayi.
1/2 cawan (120 ml) air
1/4 cawan (40 g) beras perang yang telah dikisar
1/4 cawan (60 ml) susu ibu atau formula


KAEDAH DI ATAS STOVETOP: 
Rebus air hingga mendidih di dalam periuk. 
Tambah beras perang yang telah dikisar sambil mengacau sentiasa. Reneh selama 10 minit, terus kacau laju-laju. 
Biarkan campuran sejuk sedikit dan kemudian pindahkan puri kepada pengisar. 
Kisar sehingga licin, dan tambah susu formula untuk mencapai konsisten yang dikehendaki.
Biarkan sejuk pada suhu bilik.


Jika menggunakan susu ibu, biarkan campuran sejuk lebih lama sedikit dan kemudian pindahkan puri kepada pengisar. 

Kisar sehingga licin, dan tambah susu ibu untuk mencapai konsisten yang dikehendaki.
HARUS INGAT KACAU PERLAHAN DAN JANGAN SESEKALI DI BLENDER KERANA SUSU IBU MUDAH HILANG NUTRISI JIKA DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN


HASIL PORSI: 
8 hidangan untuk bayi, 2 sudu besar (28 g) setiap porsi


SETIAP HIDANGAN (jika menggunakan susu ibu) MENGANDUNGI: 
28.4 kalori 
0.5 g jumlah lemak 
0.2 gram lemak tepu
1.4 mg kolesterol 
1.6 mg sodium 
5.1 g karbohidrat 
0.2 g serat pemakanan; 
0.52 g protein, 
4,4 mg kalsium; 
0.1 mg besi; 
16.3 IU vitamin A 
0.4 mg vitamin C.


 
ini lah rutin wekeend saya


Pengunjung Blog

No comments: