Thursday 5 July 2012

cadangan pengambilan supplemen ketika berpuasa

puasa.. kebanyakan ibu² menyusu agak risau bila ingin berpuasa.. pelbagai perkara -ve yg bermain di kepala.. susu merudum la, badan letih la.. jangan risau.. teruskan mengepam seperti biasa.. jangan sesekali ponteng jadual mengepam.. fikiran juga perlu sentiasa +ve..

ok, semalam saya dah berkongsi cadangan supplemen Shaklee yg dapat membantu ibu² menyusu ketika berpuasa .. kali nie, saya nak berkongsi pula cadangan jadual pemakanan supplemen Shaklee ketika berpuasa.. sbb aper saya kata cadangan, sbb jadual pengambilan vitamin Shaklee nie fleksibel.. ikut keselesaan masing².. ^_^

ketika bersahur :
[1] makan nasi atau ape saja juadah sahur
[2] makan sekurang²nya tiga biji kurma
[3] minum ESP dan Performance Drink (gabungan TERBAIK), alfalfa 3 biji, b complex 1 biji
[4] minum air kosong secukupnya

ketika berbuka : 
[1] makan juadah buka puasa.. digalakkan utk makan kurma terlebih dulu
[2] minum ESP dan Performance Drink (untuk dapatkan hasil yg TERBAIK)
[3] makan 2 biji alfalfa, vitamin C, vita-lea

sebelum tidur : 
[1] boleh minum segelas lagi ESP 
[2] makan vitamin lain seperti vitamin E, Ostematrix, Omega (jika ada)




                                 
Gabungan Terbaik


Energing Soy Protien (ESP)

Performance Drink (PD)

boleh rujuk dibawah untuk lihat fungsi dan keperluan cadangan pengambilan vitamin² shaklee sepert di atas.
Vitamin ini membantu badan ibu sentiasa bertenaga dan tidak kehausan sepanjang berpuasa. Terdapat pendapat yang mencadangkan pengambilan 100plus sepanjang berbuka namun minuman ini berkabornat dan boleh menggangu sistem perut di mana boleh menyebabkan si ibu dan anak menyusu mengalami keragaman perut jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

lagi satu, kiter ibu menyusu nie kena sentiasa berfikiran +ve.. sentiasa set dlm kepala, sentiasa fikirkan, sentiasa niatkan, sentiasa berkata² di dalam hati : "susu cukup! susu cukup! susu cukup! susu cukup untuk anak aku!.." walaupun bila mengepam xdpt hasil seperti kebiasaannya, jangan hampa atau sedih.. harus bersyukur.. masih ader juga rezki untuk anak kiter..

harap cadangan di atas nie dapat membantu ibu² menyusu yang ingin berpuasa sunat atau ganti, dan untuk menghadapi bulan puasa nanti dengan tenang tanpa risau.. Niat kiter baik.. untuk beri terus berikan yg TERBAIK untuk anak kiter.. InsyaAllah mudah-mudahan Allah bantu kiter..
Rejab, Sya'ban, Ramadhan.. Puasa vs penyusuan.. Kawan-kawan dah mula berpuasa sunat atau puasa ganti.. macamaner ngan hasil susu bl kiter berpuasa..? larat ke..? ader susu ke..? soalan yg bermain di fikiran.. InsyaAllah jika berusaha dan melakukan persediaan, InsyaAllah boleh.. tiada masalah bg ibu menyusukan untuk berpuasa..

Bagi pelanggan Shaklee sedia ada, memang telah maklum akan kepentingan Performance Drink sebagai energy drink yang sangat penting bagi mereka, selain daripada vitamin-vitamin asas yang lain.

Kali ini, saya akan kongsikan secara ringkas persediaan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak perlu lakukan supaya kekal cergas bertenaga dan mengekalkan penghasilan susu badan seperti biasa, meskipun berpuasa. InshaALLAH. Tak salah mencuba kerana saya yakin anda mahukan yang terbaik untuk anak anda (^_^)

PERSEDIAAN FIZIKAL

Anda seorang ibu yang menyusukan anak, samada seorang surirumah yang mampu direct-feed sepanjang masa, mahupun seorang work-and-pump-mom ; persediaannya adalah sama. Anda harus berada dalam tahap kesihatan yang optimum. Makan secara teratur dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang harus diamalkan sedari kini. Jangan sesekali skip makan dan pastikan tubuh anda cukup air. Pengambilan suplemen sangat membantu bagi memenuhi keperluan vitamin yang tubuh anda tidak mampu perolehi daripada pengambilan makanan harian.

Cadangan suplemen semasa berpuasa :-
  1. Protein - cadangan SHAKLEE ESP : untuk tenaga dan membantu mempercepatkan penghasilan susu badan
  2. Multivitamins - cadangan SHAKLEE Vita-Lea with Iron Formula : memastikan tubuh kita tetap mendapat kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan meskipun sedang berpuasa
  3. Vitamin C - cadangan SHAKLEE Sustain-Release Vita-C 500mg : membantu kita kekal sihat sepanjang berpuasa
  4. B Complex - cadangan SHAKLEE B Complex : vitamin ini menukarkan gula kepada tenaga sekaligus membuatkan kita kekal bertenaga, memberi mood yang stabil di samping membantu keseimbangan aktiviti sel tubuh
  5. Fiber - cadangan SHAKLEE Fiber Plan Unflavoured : memberi rasa kenyang dan bagus untuk penghadaman
  6. Energy Drinks - cadangan SHAKLEE Performance Drink : membantu mengekalkan keseimbangan gula dalam darah supaya ibu tidak mudah letih (ataupun pengsan) dan juga mengelakkan dehidrasi.
  7. Alfalfa - pilihan lain bagi ibu-ibu yang ada kekangan budget membeli ESP.
Walaubagaimanapun, perlu saya tekankan di sini, bahawa ini adalah cadangan dan pengambilan suplemen adalah bergantung kepada keperluan tubuh anda. 

PERSEDIAAN MENTAL

Persediaan mental juga penting kerana ia membantu anda untuk lebih bersemangat dan ceria berpuasa sambil menyusukan anak (malah mungkin juga ada yang sedang hamil! tripple happiness during ramadhan kan?)






  1. Menjaga solat yang wajib
  2. Mengamalkan solat-solat sunat
  3. Membaca dan mentafsir Al Quran
  4. Mengamalkan zikir-zikir dan doa-doa

Pengunjung Blog

No comments: